KPT nafi senarai 10 universiti awam terbaik 2025 yang tular

6 Aug 2026 • 10:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KPT nafi senarai 10 universiti awam terbaik 2025 yang tular

SHAH ALAM, 6 OGOS: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menafikan mengeluar atau membuat pengesahan senarai 10 Universiti Awam (UA) terbaik berdasarkan kadar kebolehpasaran graduan 2025 yang tular di media sosial.

KPT dalam kenyataan memaklumkan, kandungan berkenaan bukan data rasmi kementerian dan tidak pernah dikeluarkan, disahkan atau diluluskan oleh pihaknya.

"KPT memandang serius penyebaran kandungan di media sosial yang memaparkan senarai 10 UA terbaik berdasarkan kadar kebolehpasaran graduan tahun 2025 dengan menggunakan jata rasmi KPT serta merujuk kepada Kajian Pengesanan Graduan 2025 dan portal rasmi KPT sebagai sumber.

"Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat sahih hanya melalui saluran komunikasi rasmi KPT serta tidak berkongsi maklumat yang belum disahkan," kata kenyataan itu, hari ini, lapor Harian Metro.

Dalam pada itu, KPT turut mengingatkan bahawa sebarang penggunaan data, laporan, logo atau jata rasmi bagi tujuan penerbitan, hebahan atau perkongsian kepada orang awam hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran dan kelulusan rasmi daripada KPT.

"Ia bagi mengelakkan kekeliruan kepada pihak berkepentingan dan masyarakat," katanya

Terdahulu, tular di media sosial poster kandungan yang mendakwa memaparkan senarai 10 UA terbaik berdasarkan kadar kebolehpasaran graduan 2025 dengan menggunakan nama serta identiti rasmi KPT.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved