KPT sedia bawa pulang 1,200 penuntut Malaysia jika rusuhan Indonesia memuncak

3 Sep 2025 • 9:08 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

JOHOR BAHRU, 3 SEPT: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengambil langkah proaktif termasuk membawa pulang penuntut Malaysia sekiranya rusuhan di beberapa wilayah di Indonesia semakin meruncing.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pihaknya menerusi pejabat Education Malaysia (EM) di negara itu sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Luar bagi memantau keadaan semasa.

Beliau berkata ketika ini terdapat 1,200 penuntut Malaysia melanjutkan pelajaran di negara jiran berkenaan.

"Sudah tentu kalau keadaan meruncing, maka menjadi kewajipan kita untuk mengambil langkah proaktif (termasuk membawa pulang).

"Malah, ketika ini pun sebenarnya kita membuat pemantauan dan bekerjasama dengan Kementerian Luar," katanya pada sidang media selepas merasmikan “Program Digital Innovation Creativepreneur 3.0 (DICE 3.0)” di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha KPT Datuk Dr Anesee Ibrahim dan Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Prof Datuk Dr Fadzli Adam.

- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved