Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meraikan kehebatan golongan wanita menerusi Program Wacana Srikandi di Pusat Konvensyen Shah Alam di Shah Alam, hari ini.
Program Wacana Srikandi

“Sebagai usaha untuk memartabatkan wanita di Malaysia, kami di KPWKM menggalakkan para wanita untuk sentiasa bergiat secara aktif dalam bidang ekonomi serta tenaga buruh, di mana kedua-dua ini dapat membantu dalam menjana pendapatan untuk diri sendiri, keluarga sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan,” katanya ketika merasmikan program tersebut.

Program Wacana Srikandi ini dianjurkan oleh SACC Convec Sdn. Bhd. (SCSB) turut menampilkan tiga usahawan yang berkongsi rahsia kejayaan mereka melalui forum bertajuk ‘Wanita Inspirasi, Ikon Berkualiti’.
Antara panel yang hadir ialah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Chatime Malaysia, Aliza Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Avenys Malaysia Sdn. Bhd, Aleeya Zailan dan Penerima Anugerah Pesona Wanita Inspirasi Johor, Masitah Mohd Affandy.

Sementara itu, program tersebut turut memberikan penghargaan kepada tiga buah rumah kebajikan iaitu Pertubuhan Ibu Tunggal Kebangsaan Malaysia, Yayasan Kebajikan Negara dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dengan sumbangan sebanyak RM10,000 bagi setiap rumah.
Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan daripada penyanyi iaitu Anuar Zain, Syamel dan Ernie Zakri serta persembahan fesyen daripada House of Jedan Shah Alam dengan temanya ‘Cahaya Di Aidilfitri’.

Selain disokong KPWKM, Program Wacana Srikandi ini juga ditaja oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) selaku penaja utama.
Penaja lain antaranya Menteri Besar Incorporated, Worldwide Holdings Berhad, Selgate Corporation, Datum Corp International Sdn. Bhd., Johawaki, Argania, Ferraflora, CIMB Bank, Concorde Hotel, Naturel dan House of Jedan Shah Alam dengan kerjasama Thrillerz dan MyTicket Asia.


