"Kreatif Tapi Tak Sensitif" - KFC Thailand Promosi Colok Sembahyang Bau Ayam Goreng Kena Kecam!

Food
16 Jan 2023 • 11:19 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Tidak lama lagi masyarakat Cina di seluruh dunia bakal menyambut kedatangan Tahun Baru Cina bagi menandakan kelahiran tahun baru mengikut Kalendar Lunar.

Bagi memeriahkan sambutan tersebut, negara-negara di seluruh dunia juga banyak membuat promosi dan diskaun menarik serta tidak kurang juga menu-menu yang bermusim perayaan bagi dihidangkan pada Tahun Baru Cina.

Bagaimanapun di negara jiran kita, Thailand baru-baru ini kecoh apabila KFC Thailand ada memuat naik satu video di Instagram untuk mempromosikan ciptaan terbaru restoran makanan segera ini bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina.

image is not available

COLOK BERBAU AYAM GORENG

Malangnya menerusi video promosi berkenaan, KFC Thailand telah mengeluarkan produk baharu iaitu colok sembahyang yang mengandungi bau 11 herba dan rempah serta dikatakan mampu mengeluarkan bau ayam goreng KFC.

image is not available

Colok sembahyang tersebut turut direka dengan tekstur yang unik untuk menyerupai rupa dan tekstur ayam goreng.

image is not available

Difahamkan, colok sembahyang ini bakal didatangkan dengan kotak berwarna merah dan sehelai nota dari KFC.

image is not available

KFC THAILAND DIKECAM TIDAK SENSITIF

Bagaimanapun, hantaran di Instagram KFC Thailand berkenaan colok sembahyang tersebut menerima pelbagai reaksi daripada warganet terutamanya yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet berpendapat KFC Thailand tidak menjaga sensitiviti kaum lain serta telah melampaui batas dengan mengeluarkan produk tersebut.

image is not available

Produk KFC Thailand tersebut turut mendapat perhatian isteri Perdana Menteri Singapura, Ho Ching, yang turut terkejut dengan kewujudan colok sembahyang berbau ayam goreng itu.

Untuk rekod, KFC Thailand telah memadam video tersebut di Instagram dan semua media sosial yang terlibat pada 14 Januari lalu selepas menerima kecaman ramai.

image is not available