Kreatifnya. Wanita ini kongsi tip hasilkan hiasan rumah guna sudu plastik dan bahan terpakai jer

Home & Living
13 Dec 2023 • 2:30 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

SEBAIK melangkah masuk ke dalam sesebuah rumah, hiasan dinding selalu menjadi perhatian kita.

Dekorasi yang menarik membuatkan ruang kediaman menjadi lebih cantik.

Rumah yang dihias indah pula akan memberi ketenangan kepada pemiliknya.

Pun demikian, harga satu-satu hiasan boleh tahan juga mahal.

image is not available

Oleh itu, SinarPlus nak kongsikan cara DIY untuk menghasilkan dekorasi sesuai untuk dinding rumah anda.

Tip itu dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok menggunakan nama Sandysleiman1.

Beliau menghasilkan hiasan dinding menggunakan barangan terpakai yang ada di rumah.

 

image is not available
Berikut bahan-bahan yang diperlukan:

1. Sudu plastik
2. Penutup botol minuman
3. Kotak
4. Gam
5. Cat

image is not available
Cara penyediaan:

1. Sediakan kotak yang telah dipotong bulat.

2. Lekatkan penutup botol di tengah kotak menggunakan gam.

3. Potong sudu dan lekatkan pada sekeliling penutup botol sehingga memenuhi semua ruang kotak.

4. Semburkan cat pada hiasan dinding mengikut warna kesukaan. Keringkan.

image is not available
Bagi anda yang tidak mahu mengeluarkan belanja besar untuk dekorasi rumah, boleh cuba cara tersebut.

Bukan sahaja murah, malah mudah sangat nak dibuat. Selamat mencuba semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang