
Isu menjadi orang ketiga dalam rumah tangga orang lain ini seakan menjadi satu trend masa kini, perkara ini tidak dapat dinafikan telah menimbulkan rasa sangsi serta pertelingkahan terhadap pasangan yang sudah berkahwin.
Terbaru, seorang individu tampil membongkarkan kisah seorang orang pelakon wanita senior yang didakwa menjadi orang ketiga dan menyebabkan keluarga mangsa berpecah-belah.
Artikel berkaitan: “Saya suka dengan apa yang saya buat” – Wanita Bangga Jadi Penyondol, Tapi Tak Setuju Poligami
Artikel berkaitan: “Nak sondol sesiapa ke?” – Gelar Ruhainies ‘Penyondol’, Gurauan Janna Nick Dianggap Melampau
Menerusi TikTok Melodi, wanita berkenaan membuat aduan di mana ibu bapa kepada rakan baiknya kini menghadapi permasalahan dalam rumah tangga apabila seorang pelakon wanita senior yang sinonim dengan drama air mata dikatakan mengganggu perhubungan mereka.
@melodiberapi Melodi terima aduan, seorang pelakon wanita senior didakwa mengganggu rumahtangga keluarga sahabatnya..nak tahu lebih lanjut sila dengarkan aduan ini. #meloditv3
Lebih menyedihkan, pelakon wanita itu juga didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur ugutan kepada ibu rakannya itu.
“I tak boleh tengok kawan I menderita dengan apa yang pelakon wanita ni buat, bapa kawan I ni dah macam angau dengan perempuan tu, tak tau lah kena mandrem ke apa,
Hubungan mak dengan ayah kawan I ni macam dah retak menanti belah,” katanya.
Pengadu yang menyifatkan keadaan keluarga rakan baiknya itu dalam keadaan berantakan seperti ‘bukan keluarga’ dek kerana pelakon wanita tersebut.
Malah, wanita itu berkata pelakon wanita yang sering berlakon baik dan selalu menangis di kaca tv itu pernah memberitahu bahawa bapa kawannya itu yang terhegeh-hegeh mahukan dirinya.
Lebih mengeruhkan keadaan, pelakon senior itu juga pernah mengugut ibu rakannya itu dengan berkata ‘jangan sampai laki kau lupa pasal kau’.
Fuh, panas ni!
Sumber: TikTok
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


