Kreativiti pulihara, baik pulih bangunan berusia satu abad

3 Aug 2026 • 10:27 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kreativiti pulihara, baik pulih bangunan berusia satu abad

Pulau Pinang terkenal dengan pelbagai bangunan bersejarah yang masih dikekalkan, malah lebih membanggakan, George Town diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO memberi peluang pemilik bangunan, pengendali hotel memperoleh manfaat dengan melengkapi ekosistem tersebut untuk menawarkan pengalaman unik kepada pelancong.

Salah satu bangunan terbaharu yang dilancarkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow baru-baru ini adalah 1926 Heritage Hotel Penang yang menawarkan pengalaman penginapan berkonsepkan resort bandar yang menggabungkan nilai sejarah dan keselesaan moden yang lebih eksklusif

Terletak di Jalan Burma, premis yang dulunya dijadikan kediaman rasmi pegawai British telah melalui satu proses pemuliharaan yang teliti dan berkualiti tinggi mengikut spesikasi yang dibenarkan pihak berkuasa untuk menjadi sebuh hotel 78 bilik dan suite.

Image from: Kreativiti pulihara, baik pulih bangunan berusia satu abad

Pengurus Besar hotel tersebut, Angelina Lazuardi yang memiliki pengalaman luas dalam bidang hospitaliti yang diterbangkan khas dari Jakarta, Indonesia untuk mengemudi hotel bertaraf lima bintang itu, mahu menawarkan perkhidmatan yang terbaik kepada tetamunya melalui inisiatif awal pengukuhkan barisan hadapan yang terdiri daripada kakitangannya yang berdedikasi.

“Mereka (kakitangan) sudah mula mengubah fikiran, apa yang saya lakukan ini akan memberi pengalaman berharga yang mereka tidak akan peroleh di luar sana.

“Apa yang dilakukan kini adalah untuk kesejahteraan dan kejayaan untuk jangka masa panjang.

“Pada mulanya saya menyangka, bagi hotel baharu beroperasi, pastinya akan menerima aduan daripada tetamu tetapi saya terkejut, aduan itu sangat sedikit,” jelas beliau yang baru menginap di Pulau Pinang hampir 100 hari.

KOSMO!: Bagaimana syarikat mula terlibat dalam projek ini dengan mengambil alih sebuah premis berusia 100 tahun dan seterusnya membuat kajian?
ANGELINA LAZUARDI: Ia telah dimulakan sejak tahun 2023 dengan perbincangan telah berlangsung sehingga fasa membaik pulih bangunan itu bermula setahun selepas itu, seterusnya ke peringkat siapnya hotel ini.

Ia adalah satu inisiatif yang agak mencabar kerana kami telah diberi garis panduan dan nasihat agar tidak menyentuh struktur bangunan, kerana ia adalah bangunan warisan.

Jadi kami menggunakan kreativiti untuk me­lakukannya mengikut garis masa yang telah ditetapkan. Kami berjaya melaksanakannya. Meski­pun agak mencabar tetapi memberi satu pengalaman menarik dan unik bagi kami yang terlibat.

Image from: Kreativiti pulihara, baik pulih bangunan berusia satu abad

Adakah pihak syarikat memiliki rekod kejayaan membaik pulih dan mengubah suai bangunan bersejarah sebelum ini?
Kami sebenarnya telah membaik pulih sebuah bangunan yang dikenali sebagai The George Pe­nang di bawah koleksi Crest Collection, Ia juga adalah bangunan yang berada di tapak UNESCO.

Sama juga konsep pengubahsuaiannya yang melibatkan sedikit kerja-kerja baikpulih untuk mengekalkan ciri-ciri warisan dan sejarahnya itu.

Bersandarkan kepada garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan, pastinya ia tidak akan memberi kepuasan kepada pemilik bangunan dan juga operator premis tersebut, bagaimana anda mencapai persepakatan untuk menyelesaikan isu dan cabaran ini? Bagaimana anda mencapai titik tersebut?
Dalam perkara ini, ia akan melibatkan beberapa pihak termasuk pemilik bangunan, pihak berkuasa tempatan dan juga operator yang mengendalikan premis ini kerana mereka juga mahu mencapai standard hotel yang telah dicadangkan lebih awal.

Tetapi daripada pelbagai pertemuan dan mesyuarat, perbincangan bersama termasuk pereka dalaman yang dibawa khas dari Singapura, kami me­lakukannya dengan cara yang terbaik.

Banyak juga idea dan cadangan yang terpaksa dikompromikan untuk memperoleh hasil yang berkualiti.

Image from: Kreativiti pulihara, baik pulih bangunan berusia satu abad

Memandangkan ia adalah bangunan berusia 100 tahun, berapa peratuskah ciri-ciri dan rekaan dalaman lama yang dikekalkan?
Boleh saya katakan di sini, lebih kurang 65 peratus yang dikekalkan, jika anda melihat gambar lama terdapat koridor yang panjang di situ, ia masih dikekalkan.

anyak kerja-kerja rekaan dalaman yang dilakukan berbanding di luar kerana kami harus mengekalkan struktur bangunan ini.

ami juga tidak me­lakukan sebarang tambahan bangunan pada masa ini. Pas­tinya pengubahsuaian itu telah pada zaman British bagi kakitangannya yang mengubah suai sendiri mengikut keperluan keluarga masing-masing.

Jadi kita akan lihat setiap bilik agak berbeza dan ia dikekalkan hingga sekarang. Kami juga perlu mengekalkan konsep keaslian seni bina Anglo Melayu yang mengutamakan keselesaan, ketenangan dan pengalaman yang lebih bermakna.

Lebih menarik, kami juga masih mengekalkan pokok-pokok yang berusia ratusan tahun di sekitar hotel ini untuk melengkapi seni warisan dan sejarahnya.

Bagaimana sambutan pelancong domestik dan juga dari luar negara sejak ia mula beroperasi?
Ya, kami menerima respons yang baik daripada pengunjung, meskipun ia masih baharu tetapi orang mula menghargai bangunan hotel yang berusia 100 tahun, ia padat dengan koleksi sejarah yang mampu mengimbau kenangan lama.

Ada juga anak-anak yang membawa ibu bapa mereka yang telah mengetahui tentang bangunan ini atau ada yang pernah bekerja di sini untuk menginap di sini agar mereka dapat menikmati suasana seolah-olah berada di zaman lalu.

Jadi kami berjaya membawa kenangan indah itu bersama mereka dan diceritakan kepada generasi mudanya.

Boleh jelaskan tentang koleksi The Unlimited by The Ascott Limited bagi hotel ini?
Ini adalah satu-satunya koleksi The Unlimited yang diperkenalkan di Malaysia dan ini adalah usaha kami untuk memperkukuh portfolio Ascott di Malaysia.

Di bawah koleksi The Unlimited ini ia terdiri daripada hotel-hotel persendirian yang mempunyai identitinya yang tersendiri, dengan penekanan terhadap pengalaman tempatan, reka bentuk yang autentik dan penceritaan yang mencerminkan keunikan setiap destinasi. P

Pembukaan 1926 Heritage Hotel Penang juga mencerminkan keyakinan berterusan Ascott terhadap potensi industri pelancongan dan hospitaliti Malaysia, sejajar dengan strategi syarikat untuk terus mengembangkan kehadirannya di pasaran global.-KOSMO! ONLINE

The post Kreativiti pulihara, baik pulih bangunan berusia satu abad appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved