Kren Tumbang Lagi Di Thailand, Dua Maut

15 Jan 2026 • 4:01 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kren Tumbang Lagi Di Thailand, Dua Maut

Thailand sekali lagi digemparkan dengan kejadian kren tumbang di Lebuhraya Rama II, yang telah mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang dalam kejadian pada Khamis, lapor AFP.

Memetik AFP, lebuhraya tersebut sedang dalam pembinaan di wilayah Samut Sakhon, di luar Bangkok.

Rakaman kamera papan pemuka kereta yang disahkan oleh AFP menunjukkan detik-detik ketika kren besar itu tumbang. Kepulan debu dilihat memenuhi seluruh kawasan tersebut ketika beberapa kenderaan berhenti dan mengundur untuk mengelak dari serpihan yang jatuh.

Pemandu teksi motosikal Booncherd La-orium berkata dia tidak lagi berasa selamat memandu di pinggir bandar di luar Bangkok.

image is not available
Kredit: AFP

“Saya meremang bulu roma memikirkan betapa berisikonya berada di sini. Ia mungkin akan berlaku kepada saya.

“Saya masih tidak dapat melupakan kejadian semalam dan pagi ini saya dengar satu lagi kejadian berlaku lagi, ” kata lelaki berusia 69 tahun itu kepada AFP.

Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Phiphat Ratchakitprakarn mengaitkan firma Italian-Thai Development dengan kejadian kren tersebut, yang merupakan kejadian kedua dalam tempoh dua hari, menurut media tempatan.

Syarikat itu telah diberi kontrak untuk membina sebahagian daripada projek kereta api berkelajuan tinggi yang disokong China.

“Ya, ia firma Italian-Thai, saya masih tidak faham apa sebenarnya yang berlaku. Kita perlu mengetahui faktanya, sama ada ia kemalangan atau sesuatu yang lain,” katanya.

BACA: Kren Tumbang Atas Kereta Api Bawa 195 Penumpang, Lebih 20 Maut

Syarikat itu yang merupakan salah sebuah firma pembinaan terbesar di Thailand telah menyaksikan beberapa kemalangan maut di tapak projeknya sejak kebelakangan ini.

Dalam pada itu, Lebuhraya Rama II, arteri utama yang menghubungkan ibu kota ke selatan Thailand, menjadi tuan rumah kepada beberapa projek infrastruktur utama, termasuk pembinaan lebuh raya bertol.

image is not available
Kredit: AFP

Kerja-kerja pembinaan telah dijalankan selama bertahun-tahun untuk meluaskan kapasiti jalan raya dan mengurangkan kesesakan tetapi projek itu telah mengalami kelewatan dan kejadian maut, sehingga ia mendapat gelaran ‘Jalan Maut’.

Terdahulu, 32 orang disahkan maut selepas kren tumbang atas kereta api yang membawa 195 orang penumpang di di wilayah Nakhon Ratchasima, timur laut ibu negara Bangkok.

@thaich8news

เปิดนาทีระทึก เครนถล่ม บริเวณถนนพระราม 2 ทับรถยนต์ มีผู้ได้รับบาดเจ็บ-เสียชีวิต ขอบคุณคลิป : Kanyarat Ngaongam #เครนถล่ม #พระราม2 #ข่าวช่อง8 #ข่าวออนไลน์ช่อง8