
Protes Iran: 3,428 Maut, 10,000 Ditahan
PARIS — Sekurang-kurangnya 3,428 penunjuk perasaan dilaporkan maut manakala lebih 10,000 orang telah ditangkap dalam tindakan keras pasukan keselamatan Iran terhadap demonstrasi, lapor AFP.
Perkara itu dimaklumkan oleh pertubuhan bukan kerajaan Iran Human Rights (IHR) yang berpangkalan di Norway pada Rabu.
IHR berkata, peningkatan jumlah kematian yang disahkan adalah disebabkan oleh maklumat baharu yang diterimanya daripada kementerian kesihatan dan pendidikan Iran, dengan sekurang-kurangnya 3,379 daripada pembunuhan itu berlaku semasa kemuncak gerakan protes dari 8 hingga 12 Januari.
Sementara itu, Pengarah kumpulan Mahmood Amiry-Moghaddam mengecam pembunuhan beramai-ramai penunjuk perasaan di jalanan sejak kebelakangan ini.
Manakala IHR memberi amaran bahawa angka terbaharu itu masih mewakili anggaran minimum berbanding jumlah sebenar korban.
https://x.com/AFP/status/2011478519398777156
Sumber: AFP
BACA: Cuaca Sejuk Menyelubungi Pantai Timur, Rupanya Datang Dari Siberia
BACA: Jangan Keliru, Ini Beza Imbasan CT & MRI
BACA: Murid Gembira & Mak Ayah Lega, Disember 2026 Cuma Sekolah Empat Hari Je
The post Protes Iran: 3,428 Maut, 10,000 Ditahan appeared first on Siakap Keli.


