Kriptowang Dogecoin Meningkat Mendadak Selepas Elon Musk Ubah Logo Twitter Dengan “Shiba Inu”

TechnologyDigital
4 Apr 2023 • 9:56 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Elon Musk hari ini meneruskan jenaka melalui platform Twitter yang dimiliki beliau, dan mengubah logo burung biru pada halaman utama, kepada sebuah gambar anjing “Shiba Inu” yang sinonim dengan logo kriptowang Dogecoin.

Selari dengan perubahan ini, ia sekaligus memberikan impak kepada nilai kriptowang Dogecoin yang meingkat mendadak.

image is not available

Sebelum ini sendiri, Elon Musk sering melakukan perkongsian melibatkan kriptowang berkenaan yang dikaitkan dengan “meme” yang sering memberikan impak kepada peningkatan nilai kriptowang berkenaan.

Ketika artikel ini ditulis, nilai Dogecoin semasa mencapai $0.097.

Buat masa ini, pihak Twitter tidak mengeluarkan komen berkenaan perubahan ini, dan mengapa ia berlaku. Adakah ia merupakan jenama April Fool yang lewat oleh Elon Musk?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved