Lenovo Berhenti Buat Telefon Gaming? Apa Dah Jadi? #24

Digital
4 Apr 2023 • 12:14 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Tiga isu yang diketengahkan dalam video ini ialah pertama Unifi Mobile, Yoodo dan Yes boleh guna 5G di iPhone. Kedua, Elon Musk hadkan 'For You' di Twitter dari akaun bebayar sahaja. Ketiga, Lenovo berhenti keluarkan telefon gaming.

1. Unifi Mobile, Yoodo dan Yes boleh mula guna 5G di iPhone selepas kemaskini iOS

Pengguna rangkaian Unifi Mobile, Yoodo dan Yes 5G boleh mula berhubung ke rangkaian 5G di iPhone yang serasi. Perkara ini dijayakan selepas pengguna memasang kemaskini terbaru, iOS 16.4 ke peranti masing-masing.

Berita penuh di sini.

image is not available

2. Elon Musk hadkan 'For You' di Twitter dari akaun biru sahaja, ini sebabnya

Bermula 15 April 2023, hanya akaun Twitter Blue sahaja layak berada dalam bahagian For You di Twitter. Menurut Elon Musk, ini adalah satu-satunya cara realistik untuk menangani kumpulan bot AI. Tambahanya, langkah yang sama juga akan dikenakan untuk pengundian di polls.

Berita lanjut di sini.

image is not available

3. Lenovo undur diri daripada arena telefon gaming, tiada lagi Legion Phone

Lenovo mengesahkan yang mereka tidak lagi membangunkan produk telefon gaming sebagai salah satu strategi penstrukturan semula portfolio produk gaming mereka. Hal ini bermakna, tiada lagi sekuel kepada Legion Phone boleh anda jangkakan dalam masa yang akan datang.

Baca lagi di sini.

image is not available