Krisis banjir Selangor tidak boleh selesai segera, perlukan tempoh empat tahun – exco

LocalEnvironment
21 Apr 2026 • 6:26 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Krisis banjir Selangor tidak boleh selesai segera, perlukan tempoh empat tahun – exco image is not available johardy21/04/2026 - 18:26 Banjir kilat di Seksyen 13, Shah Alam pada 20 April 2026. - Gambar Sinar Harian

KUALA LUMPUR 21 April – Masalah banjir yang terus melanda penduduk di Selangor dijangka tidak dapat diselesaikan dalam masa terdekat, sebaliknya memerlukan tempoh sehingga empat tahun memandangkan projek mitigasi banjir di negeri itu masih berjalan dan belum siap sepenuhnya.

 

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor, Datuk Izham Hashim berkata, kerja-kerja pelebaran dan pendalaman sungai masih giat dilaksanakan dan memerlukan masa sebelum memberi kesan yang lebih menyeluruh.

 

“Isu banjir ini tidak boleh diselesaikan dalam tempoh singkat seperti satu atau tiga bulan.

 

 

 

 

"Proses pelebaran sungai dan penyediaan pelan reka bentuk mengambil masa serta perlu mematuhi prosedur yang ditetapkan.

 

“Jadi ia tidak boleh disiapkan dengan cepat,” katanya pada sidang media di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini, menurut Kosmo! Online.

 

Beliau berkata, Selangor turut mengguna pakai teknologi pengurusan air moden dari Belanda, China dan Jerman, namun keberkesanannya masih terhad akibat taburan hujan tinggi serta kepesatan pembangunan di negeri itu.

 

Izham menjelaskan, Belanda hanya menerima hujan antara 700 hingga 900 milimeter setahun, berbanding hampir 3,000 milimeter di Selangor.

 

“Walaupun kita menggunakan teknologi dari luar negara, kita perlu realistik. Struktur tanah, kepadatan pembangunan dan jumlah hujan kita sangat berbeza.

 

 

 

 

 

 

“Apa yang penting bukan sekadar mengambil teknologi, tetapi bagaimana kita menyesuaikannya dengan keadaan sebenar di Selangor,” katanya.

 

Semalam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sekali lagi menzahirkan teguran tegas terhadap kerajaan negeri berhubung isu banjir yang masih berlarutan ketika merasmikan persidangan Dewan Undangan Negeri, sambil menyatakan masalah itu masih belum ditangani secara berkesan walaupun pelbagai nasihat telah diberikan. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved