Krisis Kewangan Bukan Penghalang, Polestar Bakal Lancar 4 Model EV Baharu

Business & FinanceCars
20 Feb 2026 • 3:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Walaupun sedang bergelut dengan badai kewangan, jenama kenderaan elektrik (EV) premium milik Geely, Polestar, nampaknya enggan mengalah. Jenama kacukan Sino-Sweden ini baru sahaja mengumumkan strategi pengembangan produk yang cukup berani dengan empat model elektrik (EV) baharu bakal dilancarkan menjelang 2028.

Antara yang paling mencuri tumpuan ialah transformasi model paling laris jenama ini, Polestar 4, ke dalam bentuk wagon (estate) yang lebih praktikal. Berikut adalah perincian pelan ‘kebangkitan’ Polestar:

Apa Yang Menarik Tentang Polestar 4 Elektrik Versi Wagon?

image is not available

Model Polestar 4 yang sebelum ini dikenali dengan gaya coupe yang sporty, bakal hadir dalam versi wagon berbumbung panjang. Menerusi imej acah yang didedahkan, versi wagon ini akan menampilkan reka bentuk sudut belakang yang lebih menegak, lampu belakang LED melintang penuh, rel bumbung dan cermin belakang bersaiz penuh.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Polestar, Michael Lohscheller, menyatakan model ini direka untuk menarik pangkalan pelanggan yang lebih luas dengan menggabungkan ruang sebuah wagon, nilai versatil sebuah SUV dan prestasi dinamik yang menjadi ciri utama Polestar.

Ia dijangka mengekalkan ciri mekanikal yang sama dengan versi coupe tetapi dengan ruang kabin yang jauh lebih praktikal. Model ini dijadualkan membuat debut pada suku keempat (Q4) tahun ini.

Bagaimana Reka Bentuk Polestar 2 Generasi Kedua Nanti?

image is not available

Polestar 2 yang tidak kurang larisnya juga akan menerima pengganti (generasi kedua) pada awal tahun 2027. Berdasarkan imej acah yang kabur, model baharu ini nampaknya bakal meninggalkan gaya crossover yang tinggi dan beralih kepada rekaan sedan liftback yang lebih rendah dan sporty.

Perubahan paling ketara adalah identitinya, ia tidak lagi akan menggunakan lampu LED gaya Volvo, sebaliknya beralih kepada reka bentuk lampu terpisah (split design) yang menjadi identiti baharu Polestar.

Polestar 7 Bakal Diperkenalkan Dalam Segmen SUV Kompak?

image is not available

Polestar turut memperkenalkan Polestar 7, sebuah SUV premium kompak yang bakal menjadi pencabar hebat di Eropah. Model ini disifatkan sebagai kereta berprestasi progresif yang ditawarkan pada titik harga yang sangat menarik. Polestar 7 akan dipasang di kilang Volvo di Slovakia, berkongsi banyak komponen dengan model-model keluaran Sweden yang lain.

Sejauh Mana Kehebatan Polestar 5 GT?

image is not availableimage is not available

Melengkapkan barisan empat model ini ialah Polestar 5, sebuah Grand Tourer (GT) mewah yang telah pun didedahkan pada 2025. Penghantaran untuk pasaran Eropah dijangka bermula pada musim panas 2026.

image is not availableimage is not available

Jentera ini dibina di atas platform aluminium ringan yang ditempah khas. Varian tertingginya, Performance, dilengkapi sistem pacuan semua roda (AWD) dwi-motor yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 872 hp (650 kW)!

Mampukah Strategi Baharu Ini Menyelamatkan Kewangan Polestar?image is not available

Pengumuman agresif ini hadir di saat syarikat menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan. Walaupun Polestar berjaya mencatatkan rekod jualan terbaik tahun lalu dengan 60,119 unit (peningkatan 34% berbanding 2024), pengeluar ini masih lagi bergelut dengan kerugian kewangan yang mendalam. Pelan produk sehingga 2028 ini dilihat sebagai ‘talian hayat’ untuk membawa jenama ini kembali ke landasan keuntungan.

Juga Menarik: Tun Mahathir Puji Polestar 2