“Krismas Hidup Dalam Jiwa Saya, Tiada Siapa Mampu Merampasnya” – Deanna Yusof Jelaskan Sebab Masih Raikan Hari Natal

EntertainmentLifestyle
26 Dec 2025 • 9:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pernah dibesarkan di Switzerland, aktres Deanna Yusof menegaskan sambutan Hari Krismas sentiasa mempunyai tempat istimewa dalam hidupnya, meskipun kini menetap di Asia.

Menurut Deanna yang berdarah kacukan Melayu-Switzerland, perayaan tersebut bukan diraikan atas faktor agama atau tradisi semata-mata, sebaliknya kerana nilai emosi dan kenangan yang mendalam sejak kecil.

Advertisement
View this post on Instagram

“Hari Krismas sentiasa mempunyai tempat istimewa dalam jiwa saya. Bukan kerana agama atau tradisi, tetapi kerana perasaan dalam diri saya,” katanya menerusi satu perkongsian di Instagram.

Ujar Deanna, zaman kanak-kanaknya yang dibesarkan di kawasan desa Switzerland yang diselubungi salji menjadikan Krismas sangat sinonim dengan keluarga, kebersamaan dan kegembiraan yang menyentuh jiwa.

Walaupun kini menetap di Asia, saya membesar di Switzerland di mana Krismas membawa makna keluarga, rasa kebersamaan dan kegembiraan yang mendalam.

Dalam pada itu, Deanna mengakui sering menerima persoalan daripada orang ramai yang mempersoalkan tindakannya meraikan perayaan tersebut.

View this post on Instagram

Selama bertahun-tahun, ada yang bertanya ‘kenapa awak raikan Krismas?’ Bagi saya, Krismas bukan sekadar perayaan, tetapi musim rasa memiliki, kehadiran dan kehangatan.

Menurut Deanna, sambutan itu juga menjadi simbol kepada kenangan bersama insan tersayang, termasuk mereka yang kini sudah tiada.

Sebahagian daripada insan yang pernah meraikannya bersama saya kini telah pergi. Ada juga tahun di mana saya tidak berada di Switzerland, tetapi Krismas tetap hidup dalam diri saya.

Deanna turut menegaskan bahawa tiada sesiapa berhak menghalangnya daripada menghargai perayaan yang memberi makna peribadi dalam hidupnya.

Krismas hidup dalam diri saya dan tiada siapa yang mampu merampasnya. Semoga kalian dan insan tersayang menikmati hari yang indah, walau bagaimana cara kalian memilih untuk meraikannya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-12-26 15:48:20

Individu Dedah Sikap Sebenar Fasha Sandha - "Aku Pernah Pergi Bali Dengan Dia Lepastu.."

The post “Krismas Hidup Dalam Jiwa Saya, Tiada Siapa Mampu Merampasnya” – Deanna Yusof Jelaskan Sebab Masih Raikan Hari Natal first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article