Kritik kena datang dengan idea – Ernie Zakri

LocalEntertainment
21 Aug 2026 • 10:00 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kritik kena datang dengan idea – Ernie Zakri

SUDAH hampir seminggu acara berprestij Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-40 berlangsung, namun biasalah, pahat tetap berbunyi walau rumah rumah sudah siap dihuni. Finalis setiap tahun tidak hanya mempertaruhkan lagu mereka di pentas, namun hati dan perasaan kerana bakal menjadi subjek makian segelintir pengguna media sosial. Baik daripada golongan peminat begitu juga sesama rakan industri.

Ada yang tidak berpuas hati dengan persembahan artis yang dianggap biasa kerana tidak sepadang pertandingan nyanyian paling besar di Malaysia, ada juga bising kerana tidak gemar kalau artis berlebih-lebih di pentas kerana pertandingan ini perlu diadili berdasarkan karya sahaja.

Bagi Ernie yang juga pernah beberapa kali bertanding dan menang di pentas keramat itu berkata, tidak semua orang berani untuk tampil di pentas AJL. Oleh itu, dia sangat memahami perasaan gemuruh, gementar rakan-rakannya yang bertanding di pentas itu pada Sabtu lalu.

“Bayangkanlah berdiri satu minit di atas pentas itu tanpa menyanyi sahaja sudah terasa getarnya, tak semua orang boleh melakukannya, saya bangga dengan kawan-kawan yang beranikan diri muncul di pentas AJL keluarkan kraf dan seni mereka.

“Di Malaysia, kita tidak banyak pertandingan sebegitu, jadi itulah masanya penyanyi kita mahu lepas geram tunjuk prop pentas, baju dan solekan mereka. Jadi tidak adil kalau kita mahu menghakimi tanpa mengetahui proses perjalanan seseorang artis itu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Image from: Kritik kena datang dengan idea – Ernie Zakri

Mengulas mengenai kutukan dan cara mengkritik yang dianggap keterlaluan diberikan kepada finalis AJL, Ernie tidak menafikan semua orang mempunyai hak untuk bersuara namun perlulah disampaikan dengan berhemah lebih-lebih lagi jika datang daripada rakan seindustri.

“Saya meraikan pandangan orang. Nak kutuk atau cakap tak okay terpulang pada mereka kerana pada akhirnya, sesiapa mereka memberikan pendapat itu kembali kepada diri mereka sendiri.

“Saya tidak mahu bercakap komen apa-apa tentang AJL kerana tahu rakan-rakan saya sudah buat sehabis baik. Sesetengah dari mereka mungkin sedang bergelut cuma kita tidak tahu.

“Ramai rakan kita yang sakit. Bayangkan kita kalau di pejabat tekan komputer pun sudah sakit ini pula kena keluar bernyanyi depan semua orang dalam keadaan itu. Mahu bersolek melayan segala benda lagi. Jadi, bukan tempat saya untuk menghakimi,” katanya.

Jangan sekadar melepaskan kebencian

Dalam pada itu, penyanyi Masing Masing itu juga menegaskan kritikan kepada artis dan kraf yang dihasilkan perlulah disampaikan dengan niat untuk memberi penambah baikan. Rasa tidak puas hati kepada sesuatu perkara perlulah hadir bersama pendapat dan idea.

“Saya kadang-kadang baca orang kata ‘kita kritik ini untuk bagi dia maju’. Oleh itu mestilah datang dengan idea dan pendapat yang membina.

“Macam contoh, tiba-tiba dia kata “Kak Ni, jangan nyanyi macam itu”. Okay, beritahu saya bagaimana cara betul untuk saya nyanyi. Saya akan terima, itu kritikan membina dan lebih bijak.

“Ada orang yang hanya melepaskan kebencian dia, itu terpulang pada merekalah. Itulah saya kata cabaran utama adalah media sosial membuatkan saya sendiri takut sebagai penyanyi,” katanya.

Kata Ernie, kata-kata yang dilemparkan di media sosial kadang terlalu tajam membuatkan Ernie berat hati untuk membaca respons media sosial. Oleh itu, dia juga dapat merasakan hal sama yang mungkin dihadapi oleh rakan seperjuangannya semasa AJL Sabtu lalu.

“Lepas persembahan, saya jadi takut nak baca komen sebab sepuluh mesti kutuk, sepuluh mesti suka. Ini yang buat jadi gementar.

“Tapi itulah lumrah nak jadi penyanyi, nak jadi seorang bintang kena tutup mata saja, kena jalan. Kawan-kawan saya dekat AJL itu sudah macam pahlawan.

“Mereka tahu kena kutuk ke kena apa ke, mereka tempuh saja. Jadi bagi saya, janganlah kita buat kempen mengutuk kerana pada saya masing-masing ada pendapat sendiri. Kalau busuklah cara mereka menulis, maksudnya busuklah hati mereka,” katanya.

The post Kritik kena datang dengan idea – Ernie Zakri appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved