[KRONOLOGI] Kes tanah runtuh Cameron Highlands

28 Jan 2024 • 10:07 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Khidmat dua Anjing Pengesan (K9), Frankie dan Pop digunakan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat hari kedua tragedi runtuhan tanah di Batu 59, Blue Valley.

image is not available
Pasukan penyelamat dari pelbagai agensi giat melakukan pencarian mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Blue Valley Cameron Highlands.

image is not available
Anggota bomba dari BBP Cameron Highlands membantu mengeluarkan salah seorang mangsa yang ditemui tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands pada Jumaat.

image is not available
Mangsa ketiga tragedi runtuhan tanah di Batu 59, Blue Valley yang ditemui pada jam 12.05 tengah hari dibawa keluar pasukan penyelamat.

[KRONOLOGI]

Berikut merupakan kronologi kes tanah runtuh di Batu 54, Blue Valley, Cameron Highlands yang dilaporkan pada Jumaat.

[26 JANUARI 2024] JUMAAT

Tanah runtuh Cameron Highlands: Seorang maut, 4 dikhuatiri tertimbus

Kejadian tanah runtuh di Batu 54, Blue Valley, Cameron Highlands dilaporkan pada jam 2.51 pagi.

Lima mangsa tanah runtuh di Cameron Highlands warga Myanmar

Lima mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 59 Kampung Raja di sini dikenal pasti sebagai warga Myanmar.

STORM, K9 diatur gerak cari mangsa tanah runtuh Cameron Highlands

Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) digerakkan bagi membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di Batu 59, Kampung Raja di sini, pada Jumaat.

Tanah runtuh Cameron Highlands: Mayat pertama berjaya dikeluarkan

Mayat mangsa pertama yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Blue Valley dekat sini berjaya dikeluarkan pada jam 11.05 pagi

Tanah runtuh Cameron Highlands: JKR bantu operasi pembersihan - Nanta

Jabatan Kerja Raya (JKR) melakukan kerja-kerja pembersihan tanah runtuh di laluan masuk kawasan kejadian bencana itu di Cameron Highlands bagi memudahkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa. **media[2515911]**

Tanah runtuh Cameron Highlands: Mayat kedua mangsa tertimbus ditemui

Pasukan mencari dan menyelamat menemui mayat kedua mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 59, Blue Valley, Cameron Highlands pada Jumaat.

Operasi menyelamat tumpu dua sektor: Bomba

Operasi mencari dan menyelamat mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 59, Blue Valley, Cameron Highlands tertumpu kepada dua daripada empat sektor.

Runtuhan kecil dikesan di lokasi kejadian

Beberapa runtuhan kecil dikesan di sekitar kawasan tragedi tanah runtuh di Batu 59, Blue Valley di sini pada Jumaat.

Rumah tertimbus tanah runtuh penempatan pekerja asing

Rumah yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 59, Blue Valley di sini pada Jumaat merupakan kediaman pekerja kebun sayur berhampiran.

Dua mangsa runtuhan ditemui mati, tiga masih tertimbus

Dua mangsa ditemui mati manakala tiga lagi masih tertimbus dalam tragedi tanah runtuh di Batu 59, Blue Valley, di sini pada Jumaat.

[27 JANUARI 2024] SABTU

Tanah runtuh Cameron Highlands: SAR diteruskan pagi ini

Operasi mencari dan menyelamat tiga lagi mangsa dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan tanah di Batu 59, Blue Valley di sini diteruskan pagi ini.

Tanah runtuh: Banyak pokok besar tumbang, mangsa tersepit celah dahan

Lokasi runtuhan di Batu 59, Blue Valley di sini dipenuhi dengan pokok besar yang tumbang bersama kegelongsoran tanah.

Anjing K9 kesan mangsa ketiga tertimbus

Operasi mencari dan menyelamat hari kedua tragedi runtuhan tanah di Batu 59, Blue Valley di sini pada Sabtu berjaya menemui mangsa ketiga yang tertimbus.

Penerokaan haram dikesan di kawasan runtuhan

Penerokaan haram dikesan berlaku di kawasan runtuhan tanah di Batu 59, Blue Valley di sini.

Dua jasad terakhir ditemui, kelima-lima mangsa disahkan maut

Jasad mangsa keempat dan kelima tragedi runtuhan tanah di Batu 59, Blue Valley dekat sini telah dijumpai petang Sabtu.