Kronologi Langkah Sheraton didedahkan dalam laman web

Politics
30 Oct 2022 • 11:28 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar ciapan seorang pengguna yang mendedahkan mengenai laman web langkahsheraton.net

SHAH ALAM - Sebuah laman web yang didakwa menerangkan permulaan Langkah Sheraton pada tahun 2020 disiarkan menerusi langkahsheraton.net.

Pengguna Twitter dengan nama @adamofficialmy dalam ciapannya mendakwa, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh menceritakan apa sahaja mengenai gerakan tersebut, namun perkara sebenar telah dilaporkan dalam web tersebut.

“Muhyiddin nak cerita apa pun pasal Langkah Sheraton. Apa yang berlaku sebenarnya dah ditulis bersama bukti dalam satu 'website'. Siap gambar satu persatu dengan 'detail',” ciapnya pada Ahad.

Meninjau laman web berkenaan, dinyatakan kronologi Langkah Sheraton secara teliti disamping memperincikan perkara yang berlaku sebelum dan selepas gerakan itu berlaku.

Laman web itu turut mendakwa, pendedahan mengenai Langkah Sheraton bertujuan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia membuat penilaian sendiri berdasarkan apa yang telah berlaku.

Selain itu turut dinyatakan pendedahan dibuat agar masyarakat tidak dipengaruhi oleh penceritaan semula oleh ahli-ahli politik yang mahu mengubah peristiwa demi kesesuaian dan kepentingan politik masing-masing.

Pada Februari 2020, sekumpulan Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilapor meninggalkan parti itu ekoran Langkah Sheraton, bertujuan menumbangkan Pakatan Harapan (PH) selepas gabungan berkenaan menerajui kerajaan selama 22 bulan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved