KRS anjur klinik ragbi di 33 sekolah rendah, bimbing 3,500 murid

13 Jan 2025 • 11:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 13 JAN: Kesatuan Ragbi Selangor (KRS) dengan kerjasama Sime Darby Property Berhad menganjurkan klinik ragbi di 33 sekolah rendah seluruh Selangor sejak Disember hingga bulan ini.

Presiden KRS Lim Yi Wei berkata program bertujuan memberi pengenalan awal mengenai ragbi dan panduan kepada sekolah untuk mengendalikan pasukan dalam usaha membangunkan bakat muda.

“Program dibiayai oleh Sime Darby Property dan mendapat sokongan dari Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor.

“Harapan saya pelaksanaan klinik di setiap daerah dapat membawa sukan ragbi Selangor ke tahap lebih tinggi,” katanya ketika dihubungi.

image is not available
Presiden Kesatuan Ragbi Selangor (KRS) Lim Yi Wei (berdiri, tengah) bergambar bersama jurulatih dan guru selepas program pembangunan ragbi peringkat sekolah rendah negeri Selangor di Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong pada 7 Januari 2025. Foto Facebook Selangor Rugby Union

Yi Wei memberitahu seramai 3,500 pelajar dibimbing oleh jurulatih KRS sepanjang penganjuran klinik ragbi berkenaan.

“Pelajar juga dilatih oleh pegawai teknikal sukan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mengikut kawasan masing-masing selaku tenaga pengajar,” katanya.

image is not available
Kesatuan Ragbi Selangor (KRS) dengan kerjasama Sime Darby Property Berhad menganjurkan klinik ragbi di 33 sekolah rendah seluruh Selangor sejak Disember hingga Januari 2025. Foto Facebook Selangor Rugby Union

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved