Kru Kabin Singapore Airlines Yakinkan Boleh Makan, Lelaki Muslim Terkejut Dapat Tahu Termakan Daging Khinzir

WorldFood
7 Aug 2025 • 4:00 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, melalui laporan Mothership, Singapore Airlines telah memberi hidangan yang mempunyai daging khinzir untuk penumpang Muslim di business class.

Difahamkan, perkara tersebut berlaku ketika penumpang berkenaan berada dalam penerbangan 18 jam dari Singapura ke New York.

Diberi hidangan yang mempunyai daging khinzir kepada penumpang Muslim

Penumpang tersebut merupakan warganegara Singapura yang mengenalkan diri sebagai Jey dan bercerita bahawa pihak Singapore Airlines memberi hidangan berlabel ‘Grilled Mediterranean Salad with Prosciutto Salad’ kepadanya.

image is not available

Tidak pasti dengan ayat ‘Prosciutto’, penumpang terbabit telah bertanya adakah itu ‘bacon’ tetapi cabin crew mengatakan ia selamat untuk dimakan untuk penumpang Muslim dan menidakkan yang ia bukan ‘bacon’.

Cabin crew tak tahu hidangan ada daging khinizir

Selepas merasai hidangan tersebut, Jey memutuskan untuk mencari informasi mengenai ‘prosciutto’ dan alangkah terkejutnya dia apabila mengetahui ia merupakan daging khinzir.

image is not available

Saya benar-benar terkejut.

Apabila Jey memanggil untuk memaklumkan hal tersebut, pihak Singapore Airlines memaklumkan staf yang melayaninya adalah seorang junior yang tidak mengetahui hidangan itu mempunyai daging khinzir.

image is not available 2025-07-11 14:28:55

“Bukan Sebab Saya Biasa & Bangga, Nauzubillah..” - Syasya Rizal Kongsi Video Termakan Daging B*bi Sebagai Pengajaran