Wajah Disamakan Dengan B*bi, Syasya Rizal Tak Teragak-agak Nak Saman Netizen

Entertainment
15 Jul 2025 • 12:30 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila bekas ahli kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal termakan daging babi kertika bercuti di China bersama suami serta anaknya.

Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, 24 bagaimanapun menjelaskan serta memohon maaf kerana tidak betul-betul peka dalam makan makanan di luar negara.

Dalam ruangan hantaran tersebut terdapat komen daripada individu yang mengutuk dan menyamakannya dengan haiwan tersebut.

Dia merasakan komen segelintir netizen itu biadab dan keterlaluan sehingga sanggup menghinanya.

“Berhati-hati dengan apa yang diperkatakan. Nak tegur, silakan tapi biar beradab. Bukan dengan cara menghina atau menjatuhkan maruah orang lain.

Teguran tak akan sampai bila dibalut dengan caci maki dan untuk peringatan, saya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang melangkaui batas tak sepatutnya,” katanya.

Sebelum ini, ibu kepada seorang anak yang turut ditemani suaminya, Nasrullah Mohd. Sapie, menjelaskan mereka tidak sewenang-wenangnya menikmati hidangan di tempat yang meragukan.

Dia juga mengakui kesalahannya selain menegaskan sudah mengambil iktibar selain memohon orang ramai mendoakannya agar menjadi muslimah lebih baik.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.