Kru kapal kargo cedera kebakaran elektrik

8 Jan 2026 • 4:39 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LABUAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Labuan melaksanakan  operasi pemindahan perubatan (MEDEVAC) melibatkan seorang kru kapal kargo di perairan Labuan pada awal pagi Rabu.

Pengarah Zon Maritim Labuan Kapten Maritim Izwanhadi Idros memaklumkan Pusat Operasi Zon Maritim (Pusop) Labuan menerima panggilan pada jam 2.15 pagi.

Katanya seorang kru kapal kargo warganegara Arab Saudi dilaporkan mengalami kecederaan akibat kebakaran elektrik melibatkan bahagian muka dan tangan serta perlu mendapatkan rawatan segera.

“Bot Petir 90 digerakan ke lokasi kapal kira-kira 2.6 batu nautika di tenggara Pulau Papan.

“Mangsa berjaya dibawa ke jeti Zon Maritim Labuan dan dihantar ke Hospital Labuan bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Mengulas lanjut beliau menyatakan Maritim Malaysia sentiasa bersiapsiaga memberikan bantuan kecemasan dan kemanusiaan kepada komuniti maritim di perairan negara.