KSL Holdings lancar Riveria Garden bernilai RM15 bilion di Iskandar Puteri

2 Mar 2026 • 12:57 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

KSL Holdings lancar Riveria Garden bernilai RM15 bilion di Iskandar Puteri image is not available liza02/03/2026 - 12:57 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 2 Mac – KSL Holdings Berhad melancarkan projek perbandaran baharu bernilai RM15 bilion, Riveria Garden di Iskandar Puteri, Johor dalam Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

 

Projek seluas 1,026 ekar (415 hektar) ini merupakan perbandaran terbesar KSL setakat ini dan dijangka menyokong pertumbuhan syarikat selama 15 hingga 20 tahun akan datang.

 

Dalam satu kenyataan, ia memaklumkan fasa pertama projek seluas 40 hektar dijangka siap pada 2026 dengan nilai pembangunan kasar RM2.03 bilion.

 

“Fasa ini menawarkan 1,074 rumah teres dan rumah berkembar termasuk 530 unit teres dua tingkat siri Aluna dan 544 unit rumah berkembar dua tingkat siri Elora. 

 

“Selain itu, 2,160 apartmen servis dan 82 unit kedai akan dibina untuk menyediakan kemudahan hidup lengkap kepada komuniti. Riveria Garden juga menampilkan taman landskap tepi sungai dan kelab kesihatan bernilai RM20 juta,” menurut kenyataan itu.

 

Projek ini mendapat manfaat daripada lokasi strategik berdekatan persimpanganJalan Sultan Ismail dan Lebuhraya Kota Iskandar dengan jarak ke Laluan Kedua Malaysia-Singapura hanya 10 hingga 15 minit pemanduan.

 

Kawasan sekitar juga mempunyai kemudahan terkenal seperti Legoland Malaysia, Kelab Golf Horizon Hills, serta institusi pendidikan dan kesihatan swasta.

 

Sementara itu, Pengarah Eksekutif KSL Khoo Lee Feng berkata Riveria Garden adalah perbandaran lestari yang memberi tumpuan kepada gaya hidup berasaskan komuniti dan alam semula jadi.

 

Dengan rekod jualan RM1.35 bilion pada tahun kewangan 2025, KSL menyasarkan jualan RM1.6 bilion pada tahun kewangan 2026.

 

KSL Holdings, yang ditubuhkan pada 1979, terkenal sebagai pemaju hartanah terkemuka di Johor dan Lembah Klang dengan portfolio termasuk projek tinggi, hartanah komersial dan industri, serta aset pelaburan seperti KSL City Mall dan KSL Hotel & Resort di Johor Bahru.- DagangNews.com

Terkini standard