KSN mahu PBT semak peraturan lapuk setiap tiga tahun

LocalPolitics
10 Jul 2026 • 10:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KSN mahu PBT semak peraturan lapuk setiap tiga tahun

KUALA LUMPUR, 10 JULAI: Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) menyemak semula peraturan secara berkala bagi memastikan peraturan lapuk tidak terus dibiarkan membebankan rakyat dan melambatkan urusan pembangunan.

Beliau berkata PBT perlu menyemak semula peraturan berkenaan secara berkala termasuk setiap tiga tahun, menyeragamkan proses kerja dan tempoh kelulusan di bawah Akta Iltizam serta mempercepat pendigitalan perkhidmatan.

Shamsul Azri berkata perkara itu ditekankan beliau pada Sesi Libat Urus Pemantapan Penyeragaman Proses dan Prosedur Kelulusan Pembangunan anjuran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama datuk bandar dan pegawai PBT di Putrajaya hari ini.

“Saya turut menekankan supaya Unit Komunikasi Korporat PBT tidak sekadar menghebahkan program, tetapi benar-benar membantu rakyat memahami dan menggunakan perkhidmatan yang tersedia,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Pada masa sama, beliau mahu portal rasmi setiap PBT menjadi lebih interaktif, mudah dilayari dan mesra pelanggan.

Shamsul Azri berkata reformasi hanya bermakna apabila rakyat dapat merasai urusan yang lebih mudah, cepat dan telus.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved