KTM kini seragamkan jentera untuk Maverick, Binder dan Acosta.

13 May 2025 • 11:45 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Pada perlumbaan di Jerez lepas, KTM telah membuat kerja ‘gila’ di mana keempat-empat pelumba mereka menggunakan jentera yang berbeza. Acosta dan Binder, sebagai pelumba kilang, dinaik taraf beberapa komponen manakala Maverick Vinales yang berada di Pasukan Tech 3 diubah banyak hal supaya jenteranya agak seimbang iaitu tidak kuat ‘slide’ di ‘entry corner’. Namun buat Enea pula tiada perubahan ketara diberikan dan beliau memacu RC16 seperti yang sedia ada.

Selepas melihat prestasi Maverick yang begitu baik di Jerez maka KTM telah memutuskan untuk menjadikan RC16 yang ditunggangi Top Gun sebagai rujukan. Justeru jentera-jentera pasukan kilang telah ‘diVinaleskan’ bermula FrenchGP setelah mana pada sesi ujian di Jerez, keduanya mampu meningkatkan prestasi dengan kelengkapan yang dikenakan pada jentera Maverick.

Jelas kita dapat lihat pada perlumbaan di Perancis lalu, ketiga-tiga mereka mampu bersaing hebat sejak di hari Jumaat lagi. Pun begitu Enea masih lagi dilihat ‘disisihkan’ oleh KTM kerana jenteranya masih kekal dengan apa yang ditungganginya sejak dulu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved