
TM Malaysia kembali mencuri perhatian peminat motosikal tempatan menerusi pelancaran rasmi barisan baharu KTM 390 yang merangkumi empat model serba baharu dalam segmen Adventure, Dual-Sport dan Supermoto. Pelancaran ini sekali gus menandakan kebangkitan semula jenama “Orange Blood” di Malaysia dengan pendekatan lebih versatil untuk kegunaan jalan raya dan off-road.
Diperkenalkan dengan tema “≠1 Two Worlds, Zero Excuses”, siri baharu ini terdiri daripada KTM 390 Adventure R, KTM 390 Adventure X, KTM 390 Enduro R dan KTM 390 SMC R, selain KTM 390 DUKE generasi terkini yang bakal tiba pada suku keempat 2026
Harga Rasmi KTM 390 Baharu

Berikut merupakan harga rasmi BSP bagi pasaran Malaysia:
- KTM 390 Adventure R – RM33,300
- KTM 390 Adventure X – RM29,300
- KTM 390 Enduro R – RM27,300
- KTM 390 SMC R – RM27,300
- KTM 390 DUKE – RM30,300 (Q4 2026)
Kesemua model hadir bersama Quickshifter+ percuma dan waranti selama empat tahun (unlimited mileage).
Platform Baharu Dengan Enjin LC4c 398.7cc
Kesemua model dibangunkan menggunakan platform serba baharu KTM menerusi enjin LC4c satu silinder 398.7cc yang menghasilkan kuasa 45 PS dan tork 39 Nm bersama transmisi enam kelajuan.
Turut menjadi tarikan utama ialah selang servis sehingga 10,000 km yang menawarkan kos pemilikan lebih rendah untuk penggunaan jangka panjang.
KTM 390 Adventure R Fokus Off-Road Tulen











Bagi penunggang yang mahukan kemampuan off-road serius, KTM 390 Adventure R tampil dengan rekaan berinspirasikan rally bersama fork WP APEX Open Cartridge 43 mm, sistem Cornering ABS, Motorcycle Traction Control serta tiga mod tunggangan iaitu Street, Off-Road dan Rain.
Model ini turut dilengkapi paparan TFT 5-inci resolusi tinggi dan windshield gaya rally untuk tunggangan jarak jauh lebih selesa.
KTM 390 Adventure X Mesra Touring & Harian









Untuk penunggang yang lebih fokus kepada penggunaan harian dan touring ringan, KTM 390 Adventure X menjadi pilihan entry-level dalam keluarga Adventure KTM.
Ia hadir dengan ketinggian tempat duduk lebih rendah iaitu 825 mm, tangki bahan api 14 liter, suspensi WP APEX serta sistem Offroad ABS bagi meningkatkan keyakinan penunggang di laluan gravel atau jalan tidak berturap.
KTM 390 Enduro R Dual-Sport Paling Ringan












KTM 390 Enduro R pula diinspirasikan daripada KTM 690 Enduro R dan menjadi model dual-sport sesaran terkecil dalam barisan KTM. Dengan berat kering hanya 159 kg, model ini dibina untuk pengendalian lebih lincah di laluan mencabar.
Ia menggunakan roda jejari 21-inci depan dan 18-inci belakang, selain suspensi boleh laras sepenuhnya untuk tunggangan off-road agresif dan kegunaan bandar.
KTM 390 SMC R Tawar Pengalaman Supermoto Sebenar










Dalam masa sama, KTM turut memperkenalkan KTM 390 SMC R sebagai model supermoto sesaran rendah pertama dalam keluarga KTM.
Model ini hadir dengan dua mod tunggangan Street dan Sport, sistem Supermoto ABS serta cakera brek radial 320 mm bagi memberikan pengalaman tunggangan agresif sama ada di litar mahupun jalan raya.
















Selain empat model baharu tersebut, KTM Malaysia turut mengesahkan ketibaan warna baharu untuk KTM 390 DUKE yang dijadual memasuki pasaran tempatan pada Q4 2026.
Bersempena pelancaran ini, KTM Malaysia turut mengadakan Eurotech Road Tour yang bakal berlangsung di beberapa lokasi utama seluruh negara termasuk Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Terengganu dan Johor.
Pengunjung berpeluang melihat model baharu secara dekat, menyertai sesi pandu uji serta menikmati pelbagai aktiviti bersama jenama lain di bawah Eurotech Wheel Distribution.
The post KTM Malaysia Kembali Gegarkan Pasaran Dengan Siri Baharu KTM 390 “Two Worlds, Zero Excuses” appeared first on TW Media.





