Oppo Mula Mengacah Kehadiran Siri Reno16

TechnologyDigital
30 Apr 2026 • 1:37 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan siri Reno, pasti tahu bahawa Oppo lazimnya melancarkan dua generasi baharu dalam siri ini pada tahun yang sama. Kali ini tidak terkecuali apabila Oppo mula memberi bayangan tentang Reno16 di China hanya beberapa bulan selepas pelancaran Reno15 di Malaysia pada Januari lalu.

image is not available

Imej promosi awal telah diterbitkan oleh Oppo bersama pembukaan tempahan awal di China. Namun, persoalan utama kini tertumpu kepada perkakasan dalaman dan rekaan sebenar yang masih dirahsiakan, memandangkan imej promosi tersebut hanya memaparkan lakaran ringkas tanpa memperlihatkan konsep penuh.

Berdasarkan imej itu, dapat dijangka Oppo mungkin kembali menggunakan rekaan skrin melengkung dengan tubuh yang nipis seperti yang pernah digunakan pada siri Reno11. Tambahan pula, imej tersebut turut menunjukkan skrin melengkung di keempat-empat sisi seolah-olah menguatkan lagi dakwaan tersebut.

image is not available

Namun begitu, ini hanyalah spekulasi berdasarkan lakaran imej yang dikongsikan dalam poster promosi ringkas tersebut. Lebih baik sekiranya menunggu kemas kini selanjutnya yang dijangka akan diterbitkan secara berkala dari hari ke hari. Dalam pada itu, Oppo turut menyatakan bahawa peranti berkenaan akan dilancarkan sekitar bulan Mei hadapan di China namun tarikh tepat masih belum diketahui setakat artikel ini ditulis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved