KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

TravelSales & Promo
28 Sep 2026 • 6:47 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

Pejam celik, pejam celik dah nak sampai cuti hujung tahun. Mesti ramai yang dah belek kalender siap-siap kan? Bagi yang dah rancang nak ‘healing’ ke Hat Yai bulan Oktober dan November ini nanti, ada berita baik untuk anda!

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan tiket eksklusif untuk anda yang ingin ke Hat Yai pada bulan Oktober dan November nanti menerusi kempen Mysawasdee.

Pra tempah tiket sehala RM375

Image from: KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!
Sumber laman X KTM Berhad

Menerusi hantaran KTMB di laman X, KTMB kini menawarkan harga tambang eksklusif untuk anda yang ingin ke Hatyai menerusi kempen Mysawasdee dengan harga tren serendah RM375 sahaja apabila menggunakan kod promosi.

Jika anda beli tiket tanpa menggunakan kod promosi, maka harga untuk satu tiket adalah sebanyak RM750 jauh lebih mahal. Jadi kalau anda ingin membeli tiket KTM ke Hai Yai, guna kod promosi sangat berbaloi lagi pun cara nak tebus juga mudah.

Masa nak buat tempahan tiket nanti anda cuma perlu masukkan kod promosi AXC50. Apabila tambang dah makin jimat, bolehlah berbelanja lebih untuk membeli-belah di sana nanti.

Nikmati naik KTM Executive Coach premium

Image from: KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!
Sumber laman X KTM Berhad

Menariknya perjalanan ke Thailand ini akan jadi lebih selesa dengan menaiki KTM Charter Train, dimana dengan menaiki tren sewa KTM bersama kempen Mysawasdee ini anda dapat merasa kerusi eksekutif yang eksklusif.

Dimana dengan Executive Coach (AXC) ini anda boleh baring dan berehat dengan selesa, apatah lagi kerusi baharu ini juga jauh tampak lebih premium dan dilengkapi dengan plug soket untuk pengguna guna sepanjang perjalanan dalam tren.

Image from: KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!
Sumber laman X KTM Berhad

Selain itu, bagi yang menempah tiket ke Hatyai dengan kempen ini juga dapat menikmati pelbagai tawaran eksklusif yang lain antaranya adalah:

  • Keutamaan eksklusif menaiki tren untuk pelepasan yang lebih lancar.
  • Keutamaan eksklusif pemeriksaan imigresen.
  • Akses khas kemudahan dalam tren seperti ke surau, tandas khas, ruang simpanan bagasi serta rak bagasi atas.
  • Hidangan disediakan terus kepada anda sepanjang perjalanan.
  • Dan kemudahan kit juga disediakan untuk melengkapkan perjalanan anda.

Tarikh dan jadual perjalanan

Bagi yang ingin ke Hat Yai pada bulan Oktober atau November nanti, ini tarikh-tarikh perjalanan yang KTMB tawarkan. Jadi anda dah boleh buat persediaan awal dan mula rancang dari sekarang.

  • 23 Oktober 2026 sehingga 26 Oktober 2026
  • 30 Oktober 2026 sehingga 2 November 2026

Untuk jadual perjalanan pula, KTMB menyediakan dua tren iaitu Mysawasdee 1004 dan Mysawasdee 1005 yang akan membawa penumpang dari stesen KL Sentral ke stesen Hat Yai dan tren akan bergerak balik dari stesen Hat Yai ke stesen terakhir KL Sentral.

Image from: KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!
Sumber laman X KTM Berhad

Untuk tren MYSAWASDEE 1004, tren akan mula berlepas jam 10.30 malam di stesen KL Sentral dan akan sampai ke stesen Hat Yai pada jam 8.50 pagi.

Manakala untuk tren MYSAWASDEE 1005 pula, tren dari stesen Hat Yai akan berlepas pada jam 10.20 pagi dan sampai ke stesen KL Sentral pada jam 11.15 malam.

Sekadar info, jadual perjalanan tren yang dikongsikan oleh KTMB ini akan berhenti mengikut stesen yang tertera beserta waktu yang telah ditetapkan. Seperti contoh untuk tren perjalanan Mysawasdee 1004 jika anda membeli tiket di stesen Ipoh, maka tren akan sampai di stesen tersebut pada jam 1.56 pagi dan akan gerak berlepas pada jam 2.26 pagi.

Jadi jika anda membeli tiket mengikut stesen pilihan, pastikan anda hadir di stesen sebelum waktu tren berlepas!

Untuk tempahan tiket, anda boleh membuat tempahan bermula pada hari ini 28 September 2026 di laman sesawang KTMB atau muat turun aplikasi KITS di Google Play Store, Apple App Store atau Huawei App Gallery.

Dah pilih tarikh tiket ke tu?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved