Warga Malaysia ditahan ‘seludup’ wang ke Thailand

LocalBusiness & Finance
23 Sep 2026 • 7:23 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Warga Malaysia ditahan ‘seludup’ wang ke Thailand

HAT YAI (THAILAND): Cubaan seorang lelaki warga Malaysia membawa masuk wang tunai RM870,000 ke Thailand terbongkar selepas anggota kastam menemukan beberapa bungkusan yang disembunyikan di bahagian tempat duduk penum­pang sebuah kereta, Ahad lalu.

Suspek berusia 40-an itu ditahan semasa pemeriksaan dilakukan di Rumah Kastam Sadao, dekat sini pada pukul 11 pagi.

Jurucakap Jabatan Kastam Cawangan Sadao berkata, tindakan itu dilakukan selepas anggota bertugas mengesan kereta lelaki berkenaan dalam kea­daan mencurigakan ketika cuba me­lintasi pemeriksaan kastam.

Katanya, kenderaan terbabit kemudian diarah berhenti sebelum dibawa ke Rumah Kastam Sadao bagi pemeriksaan lanjut.

“Anggota menggeledah ken­deraan berkenaan sebelum me­nemukan beberapa bungkusan berisi wang tunai yang disembunyikan di bahagian tempat duduk penumpang. Jumlah keseluruhan wang tunai yang dirampas ialah RM870,000 atau kira-kira 7.1 juta baht,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Jurucakap itu berkata, suspek ditahan mengikut Seksyen 166, 242 dan 252 Akta Kastam Thailand 2560 kerana membawa masuk sejumlah wang tunai tanpa diisytiharkan.

Katanya, suspek turut ditahan mengikut Seksyen 157 dan 167 Akta Kastam 2560 kerana cuba menyeludup sejumlah besar wang asing ke Thailand.

Sementara itu, jurucakap berkenaan mengingatkan semua pelancong supaya membuat perisytiharan kepada pihak kastam sekiranya membawa masuk wang tunai me­lebihi AS$15,000 atau nilai setara dalam mata wang lain.

“Sebarang jumlah yang melebihi had ini mesti diisytihar. Jika membawa masuk jumlah yang kurang daripada had yang ditetapkan, tidak perlu isytihar.

“Jika bawa wang tunai me­lebihi jumlah yang dibenarkan, sila ke laluan ‘Barangan untuk diisytiharkan’ dan lengkapkan borang perisytiharan mata wang yang dibawa masuk atau keluar,” katanya.

Beliau mengingatkan kegagalan mengisytiharkan wang tunai melebihi had tertentu boleh dianggap sebagai satu kesalahan undang-undang dan mengakibatkan wang tersebut dirampas atau dikenakan denda. – UTUSAN

The post Warga Malaysia ditahan ‘seludup’ wang ke Thailand appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved