Kuala Lumpur Dipilih Sebagai Lokasi Pejabat Serantau Pertama Ocean Cleanup

TechnologyDigital
20 Apr 2023 • 12:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Sejak 2019, Ocean Cleanup menjadikan Malaysia sebagai lokasi ujian untuk The Interceptor yang merupakan kapal pembersih sampah di sungai. Selepas Sungai Klang dijadikan medan ujian dengan jayanya, fasiliti MHE-Demag di Klang dijadikan tempah pembinaan The Interceptor untuk rantau Asia Tenggara. Salah satu kapal ini turut telah menerima penajaan oleh kumpulan Coldplay.

image is not available

Ocean Cleanup yang berpangkalan di Belanda mengumumkan mereka memilih Kuala Lumpur sebagai lokasi pejabat serantau pertama mereka di dunia. Lokasi Kuala Lumpur yang strategik menjadi sebab mengapa ia dipilih untuk menjadi pusat serantau bagi memudahkan lebih banyak The Interceptor beroperasi di Asia Tenggara. The Interceptor turut beroperasi Indonesia, Vietnam, dengan pelan seterusnya memulakan operasi pembersihan di Thailand pula.

Interceptor berfungsi secara swalayar dengan menggunakan bateri dan boleh dicas semula menggunakan panel solar pada bahagian bumbung. Setiap Interceptor boleh mengutip 50,000 kg sampah setiap hari. Oleh sebab itu ia tidak memberikan sebarang impak kepada alam sekitar dan boleh berfungsi tanpa pencemaran bunyi.

Pada waktu yang sama ini memberikan ia kemampuan melakukan pembersihan 24 jam sehari. Sasaran Ocean Clenup ialah membersihkan 1000 sungai paling kotor di dunia menjelang 2025. Sungai Klang dipilih kerana ia adalah antara 50 sungai yang paling mencemari lautan di dunia.