Lebuhraya Sungai Besi jadi lokasi pertama ujian tol bebas palang MLFF

28 Mar 2023 • 2:43 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi tampil sekali lagi membuat pengumuman berkenaan tol dan lebuhraya. Kali ini, dia menyatakan bahawa Lebuhraya Sungai Besi dipilih sebagai lokasi pertama ujian rintis dan pembuktian kosep (POC) Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF).

Proses POC ini akan dilaksanakan pada akhir Oktober 2023 dan digunakan bagi menilai sistem MLFF sebelum dilaksanakan di semua lebuhraya di Malaysia.

image is not available
Contoh MLFF di Taiwan

MLFF menyediakan pengalaman tol lebuhraya tanpa palang. Bayaran tol akan dikutip secara elektronik tanpa memerlukan halangan atau rumah tol, serupa dengan sistem ERP di Singapura. Alexander menambah, mereka sedang berunding dengan satu lagi lebuhraya lain untuk menguji POC MLFF. Lebuhraya kedua ini akan diumumkan tidak lama lagi.

Selain POC MLFF, Alexander juga mengumumkan terdapat lima lagi lebuhraya akan melaksanakan sistem pembayaran terbuka supaya pengguna boleh membayar tol menggunakan kad kredit dan debit, selain menggunakan Touch n Go. Lima lebuhraya tersebut adalah:

  1. Lebuhraya Damansara-Puchong Expressway (LDP)
  2. Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)
  3. Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
  4. Lebuhraya Terowong Jalan Raya & Pengurusan Banjir (SMART)
  5. Lebuhraya KL-Putrajaya (MEX)

image is not available

Dengan tambahan 5 lebuhraya ini, ia menjadikan sebanyak 11 lebuhraya akan melaksanakan sistem pembayaran terbuka. 6 lagi lebuhraya yang diumum sebelum ini adalah lebuhraya Besraya, NPE, AKLEH, GCE dan Jambatan Pulau Pinang, serta lebuhraya PLUS Butterworth-Kulim.

Kementerian Kerja Raya memaklumkan bahawa sistem pembayaran terbuka akan dibuat bermula bulan September, menggunakan pelbagai teknologi dan satu lagi langkah penting untuk menuju pelaksanaan MLFF. Tambah Alexander, akan ada satu laluan disediakan untuk membayar tol menggunakan kad kredit dan debit nanti.

Menteri Kerja Raya menjelaskan, sistem pembayaran terbuka akan dilaksanakan secara berperingkat melibatkan pelbagai konsesi lebuhraya. Alexander mengingatkan bahawa sistem pembayaran terbuka dan MLFF, tidak boleh dilaksanakan semalaman dan perlu melalui pelbagai peringkat. Ia memerlukan perancangan teliti dan penggunaan teknologi yang berpatutan serta rundingan bersama pelbagai pihak, sebelum ianya dapat dilaksanakan sepenuhya.

Dengan itu, beliau memohon kerjasama semua pihak agar dapat bersabar dan memberikan sedikit masa kepada pasukan di kementerian, dalam melaksanakan sistem pembayaran terbuka ini sekaligus memastikan peralihan kepada MLFF dapat dilaksanakan secara berfasa selewat-lewatnya pada suku ketiga 2024.

image is not available

Sebenarnya, ujian rintis POC MLFF pernah diumumkan mahu dibuat oleh Green Packet pada tahun 2021, di lebuhraya Besraya. Ujian ini dibuat dengan kerjasama syarikat FETC International Co dari Taiwan, selama 3 bulan. Bagaimanapun, tiada berita dimaklumkan berkaitan MLFF selepas itu

Bacaan Berkaitan