
Semalam Kuala Lumpur menjadi bandaraya utama dengan kualiti udara terburuk di dunia menurut senarai yang diterbitkan oleh IQAir. Indeks pencemaran udara purata di Kuala Lumpur mencecah 203 semalam meletakkannya di tangga teratas diikuti oleh Mumbai (192), Singapura (179), Lahore (167) dan Delhi (159).

Kualiti udara di Kuala Lumpur secara rasmi mencapai tahap sangat tidak sihat sejak beberapa hari lalu disebabkan asap daripada pembakaran hutan di Indonesia. Kerana kualiti udara yang semakin merudum ini, semua sekolah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor diarahkan ditutup hari ini. Sementara itu Kementerian Pendidikan Malaysia mengeluarkan arahan sekolah ditutup dalam kawasan dengan indeks pencemaran mencecah 180.
Walaupun Kuala Lumpur hanyalah bandaraya utama dengan kualiti udara terburuk dunia. Kualiti audio adalah lebih teruk di beberapa bandar di Sumatera dan Kalimantan dengan ianya melangkaui 500.






![[VIDEO] Syed Saddiq ‘rushing’, Speaker ucap selamat pengantin baharu Muar](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/syed-saddiq-parlimen-belanjawan-2027-1024x766.jpeg)