![Image from: [VIDEO] Syed Saddiq ‘rushing’, Speaker ucap selamat pengantin baharu Muar](https://imgproxy.newswav.com/665x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/syed-saddiq-parlimen-belanjawan-2027-1024x766.jpeg)
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul sempat menitipkan ucapan ‘selamat pengantin baharu’ buat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sejurus selesai pembentangan Belanjawan 2027 hari ini.
Ucapan mesra dan spontan itu disuarakan Johari selepas Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai membentangkan belanjawan di Dewan Rakyat.
“Selamat pengantin baharu Muar,” seloroh Johari.
Tindakan itu menarik perhatian ahli-ahli Parlimen lain di dalam Dewan yang turut memberikan reaksi sejurus ucapan tersebut disampaikan.
Bagaimanapun, Syed Saddiq dilihat bergegas meninggalkan Dewan Rakyat sebaik sesi pembentangan tersebut tamat.
“Kejar apa itu YB (Syed Saddiq),” kata seorang pengguna.
“Laju Muar keluar, malam berinai malam ini,” ujar Haiza.
“Memang ‘vibe’ novel yang nak balik cepat demi urus hal tunang,” kata seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE
The post [VIDEO] Syed Saddiq ‘rushing’, Speaker ucap selamat pengantin baharu Muar appeared first on Kosmo Online.


![[VIDEO] ‘Hari ini urus isu negara, esok hal rumah tangga’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/10/syed-saddiq-bella-astilah-2-1024x766.jpeg)


