‘Kuala Lumpur rumah kita’ – Hannah Yeoh kecewa Dataran Merdeka dipenuhi sampah

LocalEnvironment
20 Jul 2026 • 4:17 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Hannah Yeoh kecewa melihat keadaan Dataran Merdeka dipenuhi sampah selepas tayangan final Piala Dunia

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh meluahkan rasa kecewa apabila kawasan Dataran Merdeka ditinggalkan dalam keadaan bersepah selepas orang ramai hadir menyaksikan tayangan skrin gergasi perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 2026.

Menerusi hantaran di media sosial, Hannah berkata beliau percaya rakyat Kuala Lumpur menyayangi bandar raya itu, namun terkilan apabila lokasi bersejarah tersebut tidak dijaga dengan baik selepas orang ramai beredar.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pasukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang segera turun melakukan kerja pembersihan bagi mengembalikan kebersihan dan keselesaan kawasan bersejarah itu.

“Ketika orang ramai sudah pulang, mereka masih bekerja untuk mengembalikan kebersihan dan keselesaan Dataran Merdeka,” katanya.

Menurut Hannah, setiap pembayar cukai sememangnya berhak menerima perkhidmatan terbaik daripada DBKL, namun masyarakat juga perlu memainkan peranan dalam menjaga kebersihan ruang awam.

Katanya, membuang sampah ke dalam tong merupakan perkara asas yang sepatutnya dilakukan sendiri oleh setiap individu dan tidak wajar semua tanggungjawab diserahkan kepada petugas awam.

“Hak untuk menerima perkhidmatan tidak bermaksud semua tanggungjawab boleh diserahkan kepada petugas awam. Mereka tidak sepatutnya terpaksa membersihkan sampah yang sengaja kita tinggalkan,” katanya.

Baca juga:

Beliau menegaskan Dataran Merdeka bukan sekadar lokasi acara, sebaliknya merupakan sebahagian daripada sejarah negara serta melambangkan maruah ibu kota.

Hannah berkata konsep Malaysia MADANI bukan hanya mengenai kerajaan yang menunaikan tanggungjawab, tetapi turut melibatkan rakyat yang memahami hak masing-masing sambil melaksanakan tanggungjawab asas.

“Kuala Lumpur ialah rumah kita. Jangan kotorkan rumah sendiri dan mengharapkan orang lain membersihkannya,” katanya.

The post ‘Kuala Lumpur rumah kita’ – Hannah Yeoh kecewa Dataran Merdeka dipenuhi sampah appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved