Kuala Selangor antara 12 lokasi panas tahap berjaga-jaga di Semenanjung 

11 May 2023 • 6:41 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 11 MEI: Kuala Selangor antara 12 lokasi berada pada tahap satu (berjaga-jaga) berdasarkan rekod bacaan status cuaca panas dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini.

Agensi itu memaklumkan 11 lokasi lain di Semenanjung adalah Pasir Mas, Padang Terap, Kuala Muda, Baling dan Bandar Baharu.

Selain itu Hulu Perak, Selama, Matang dan Larut, Kinta, Manjung, Batang Padang dan Jempol.

“Terdapat dua kawasan di Sabah berada pada tahap satu (berjaga-jaga) iaitu Beaufort dan Kinabatangan selain satu kawasan di Sarawak iaitu Mukah,” katanya.

image is not available
Foto Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia

Terdapat empat kriteria cuaca panas dikeluarkan MetMalaysia iaitu suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah Celsius, tahap satu (berjaga-jaga) suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Selain itu, tahap dua (gelombang haba) suhu maksimum harian melebihi 37 hingga 40 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Tahap tiga (gelombang haba ekstrem) iaitu suhu maksimum harian melebihi 40 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/