Baling, Hulu Perak, Kinta, Manjung, Mukah Catat Cuaca Panas Tahap Berjaga-Jaga

11 May 2023 • 10:06 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
MetMalaysia mengeluarkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi empat kawasan di Semenanjung dan satu kawasan di Sarawak. - Gambar oleh Azim Rahman

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan status cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) bagi empat kawasan di Semenanjung dan satu kawasan di Sarawak. 

Menurut data kemas kini cuaca panas yang dimuat naik di Facebook jabatan itu semalam, empat kawasan di Semenanjung melibatkan Baling di Kedah serta Hulu Perak, Kinta dan Manjung di Perak.

Sementara kawasan di Sarawak yang berada pada tahap satu ialah Mukah.

“Tiada kawasan di Sabah berada pada tahap satu,” menurut catatan itu.

Tahap berjaga-jaga apabila suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

Maklumat terkini status cuaca panas harian boleh dirujuk di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/. - Bernama