Kuala Selangor: Didakwa Bekal Senjata Untuk Lelaki Israel, Pasangan Suami Isteri Berumur 40-An Direman 7 Hari

30 Mar 2024 • 5:42 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Bermula pada hari ini, pasangan suami isteri warga tempatan yang berada di Kuala Selangor yang didakwa bekalkan senjata untuk lelaki Israel direman.

Pasangan suami isteri umur 40-an

Difahamkan dari laporan Sinar Harian, suspek kedua-duanya berumur dalam lingkungan 40-an dan mereka ditahan atas tindakan di bawah Akta Senjata 1960.

Ia disahkan sendiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sewaktu ditemubual oleh pihak Sinar Harian.

Direman tujuh hari

Sebelum ini, kedua-dua suspek ditahan oleh pihak polis di sebuah bazar Ramadan terletak di Kuala Selangor pada jam 7.15 malam, Jumaat.

Pihak polis kemudiannya menyerbu rumah mereka di Kuala Selangor dan menjumpai sepucuk pistol dalam kereta berjenama Honda Jazz.

Didakwa beli senjata di Thailand image is not available

Suspek turut didakwa membeli senjata api tersebut di negara Thailand sebelum menyerahkan ia kepada lelaki warga asing yang dipercayai berasal daripada Israel.

Terbaru, pasangan suami isteri di Kuala Selangor mengaku bersalah bekalkan senjata api untuk lelaki Israel.

image is not available 4 months ago

Keluar Cari Makanan, Ibu Bapa Kehilangan 8 Anak Terbunuh Akibat Pesawat Tempur - "Kepulangan Disambut Jasad Anak"