Hujan Lebat Di 8 Negeri Malam Ini

18 Oct 2025 • 7:05 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Hujan Lebat Di 8 Negeri Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lapan negeri sehingga jam 10 malam ini.

Menerusi kenyataan di Facebook, MetMalaysia berkata hujan lebat akan melanda seluruh negeri Perlis.

Selain itu, keadaan cuaca buruk juga akan melanda negeri Kedah iaitu di daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling dan Kulim.

Di Perak, hanya daerah Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar yang terlibat.

Di Pantai Timur pula, hanya daerah Gua Musang di Kelantan yang dijangka akan mengalami hujan lebat.

Manakala di Terengganu, ia melibatkan daerah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Bagi negeri Pahang, daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin dijangka terlibat.

Beralih ke Johor, daerah yang terlibat ialah Segamat, Mersing dan Kota Tinggi.

Selain itu, cuaca buruk juga dijangka melanda daerah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan di Sabah.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan tidak berada di kawasan yang berisiko.