Kualiti udara bertambah baik, hanya Johan Setia catat IPU tidak sihat

LocalEnvironment
17 Aug 2026 • 10:53 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Kualiti udara bertambah baik, hanya Johan Setia catat IPU tidak sihat

KUALA LUMPUR, 17 OGOS: Kualiti udara semakin baik setakat 10 pagi ini berbanding malam tadi dengan hanya sebuah kawasan di Johan Setia, Selangor mencatatkan kualiti udara tidak sihat.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), kawasan itu merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) 151.

Sementara itu, sebanyak 58 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana (51 hingga 100) manakala lapan kawasan lagi mencatatkan tahap kualiti udara baik (bawah 50).

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved