Tujuh kawasan IPU tahap baik, Johan Setia kekal tidak sihat

LocalEnvironment
17 Aug 2026 • 4:51 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tujuh kawasan IPU tahap baik, Johan Setia kekal tidak sihat

PETALING JAYA: Kualiti udara mula menunjukkan perubahan apabila tujuh kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap baik setakat pukul 3.30 petang.

Menurut laman web rasmi Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), hanya di Johan Setia masih mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu 140 manakala 60 kawasan berada pada tahap sederhana.

“Tujuh kawasan tahap baik ialah di Pulau Pinang kawasan Seberang Perai (50) dan Balik Pulau (47).

“Sementara itu di Kedah kawasan Alor Setar (45) dan Langkawi (27) manakala di Pahang kawasan Rompin (45). Bagi Terengganu melibatkan kawasan Besut (39) dan Perlis di Kangar (33),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bacaan IPU sihat ditetapkan pada kadar 0 ke 50, sederhana (51-100), tidak sihat (101- 200), sangat tidak sihat (201-300) dan bahaya (melebihi 300). – UTUSAN

The post Tujuh kawasan IPU tahap baik, Johan Setia kekal tidak sihat appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved