
Kualiti udara di Sarawak terus merosot apabila empat kawasan mencatat bacaan pada tahap bahaya setakat jam 6 pagi hari ini.
Menurut laporan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Serian merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi iaitu 471.
Turut mencatat bacaan pada tahap bahaya ialah Samarahan dengan 326, diikuti Sri Aman (323) dan Kuching (319).

Sementara itu, tiga lagi kawasan berada pada tahap sangat tidak sihat, masing-masing Sarikei dengan bacaan 259, Sibu (216) dan Mukah (213).
Bagi kategori tidak sihat, enam kawasan merekodkan bacaan iaitu Samalaju (181), Miri (170), ILP Miri (167), Bintulu (166), Kapit (164) dan Limbang (159).
Baca juga:Tiada stesen pemantau kualiti udara di Sarawak merekodkan bacaan pada tahap sederhana atau baik setakat pagi ini.






