Kualiti udara merosot: 30 kawasan tidak sihat hari ini

LocalEnvironment
25 Aug 2026 • 2:37 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Kualiti udara merosot: 30 kawasan tidak sihat hari ini

30 kawasan di 10 negeri catat IPU tidak sihat setakat 11 pagi, Serian Sarawak tertinggi dengan 180 hampiri paras sangat tidak sihat. Selangor paling terjejas.

KUALA LUMPUR: Sebanyak 30 kawasan di 10 negeri merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 11 pagi ini, dengan Serian, Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi 180, sekali gus menghampiri paras sangat tidak sihat.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Selangor menjadi negeri paling terjejas apabila enam kawasan merekodkan bacaan melebihi 100, antaranya Johan Setia dengan IPU 175.

Kawasan lain di negeri itu yang mencatatkan kualiti udara tidak sihat ialah Shah Alam (162), Kuala Selangor (155), Klang (153) Petaling Jaya (152) dan Banting (151).

Di Sarawak, lima kawasan mencatatkan kualiti udara tidak sihat iaitu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian dengan IPU 180, Sri Aman (170), Kuching (163), Samarahan (156) dan Sarikei (152).

Lima kawasan di Perak turut merekodkan kualiti udara tidak sihat iaitu Tanjung Malim (156), Seri Manjung (154), Tasek Ipoh (154), Taiping (153) dan Pegoh Ipoh (145), manakala Johor menyaksikan empat kawasan melibatkan Batu Pahat (152), Segamat (152), Tangkak (152) Kota Tinggi (115).

Sepuluh lagi kawasan merekodkan tahap IPU tidak sihat ialah Minden (155), Balik Pulau (151) dan Seberang Perai (146) di Pulau Pinang; Nilai (155) dan Seremban (152) di Negeri Sembilan; Bukit Rambai (155) dan Alor Gajah (151) di Melaka; Putrajaya (156); Sungai Petani (152) di Kedah; serta Batu Muda (156) di Kuala Lumpur.

Selain itu, 37 kawasan di seluruh negara merekodkan kualiti udara pada tahap sederhana, manakala tiada kawasan mencatatkan bacaan baik, sangat tidak sihat atau berbahaya setakat ini.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam berdasarkan rekod catatan di 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved