30 kawasan catat udara tak sihat

LocalEnvironment
25 Aug 2026 • 10:42 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

30 kawasan catat udara tak sihat

PETALING JAYA: Petaling Jaya berada dalam senarai udara tidak sihat setakat 9 pagi, mencapai 149 indeks pencemaran udara (IPU) susulan jerebu melanda negara.

Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (Apims), sebanyak 30 stesen pemantauan di 10 negeri dan wilayah persekutuan mencatatkan IPU pada tahap tidak sihat, antara 101 hingga 200.

Sarawak dan Selangor mencatatkan kawasan terjejas paling banyak, masing-masing lima dan enam stesen. Serian merekodkan bacaan tertinggi pada 180, diikuti Johan Setia di Selangor, 175.

Kawasan terjejas lain adalah di Sarawak iaitu Sri Aman (168), Kuching (164), Samarahan (157), dan Sarikei (152).

Di Selangor, Shah Alam mencatatkan 162, diikuti Kuala Selangor (156), serta Klang dan Banting (masing-masing 152).

Perak merekodkan lima bacaan tidak sihat: Tanjung Malim pada 155, diikuti Seri Manjung (154), Tasek Ipoh (153), Taiping (152), dan Pegoh Ipoh (134).

Johor dengan empat kawasan terjejas melibatkan Segamat, Batu Pahat, dan Tangkak masing-masing 152, manakala Kota Tinggi, 125.

Pulau Pinang merekodkan tiga bacaan tidak sihat, di Minden pada 154, Balik Pulau (152), dan Seberang Perai (136).

Negeri Sembilan mencatatkan dua kawasan, iaitu Nilai pada 155 dan Seremban (153), manakala Bukit Rambai dan Alor Gajah di Melaka masing-masing 155 dan 149.

Sungai Petani di Kedah mencatatkan 152, manakala Batu Muda di Kuala Lumpur, dan Putrajaya masing-masing 155 dan 157.

Sebanyak 37 kawasan di seluruh negara mencatatkan kualiti udara sederhana.

Bacaan IPU dari 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik; 51 hingga 100, sederhana; 101 hingga 200, tidak sihat; 201 hingga 300, sangat tidak sihat; dan 300 ke atas, berbahaya.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) terus memantau kualiti udara negara menerusi 68 stesen pemantauan bagi mengesan sebarang perubahan ketara yang berisiko menjejaskan kesihatan awam.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved