Kualiti udara seluruh negara pada tahap baik dan sederhana

LocalEnvironment
28 Oct 2026 • 10:19 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kualiti udara seluruh negara pada tahap baik dan sederhana

PETALING JAYA: Kualiti udara di seluruh negara kekal pada tahap baik dan sederhana pagi ini dengan tiada kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 9 pagi tadi.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), sebanyak 43 stesen pemantau merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana.

Bacaan itu antaranya melibatkan Johor, Sarawak, Negeri Sembilan, Pahang, Sabah, Melaka, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Sementara itu, 25 stesen pemantau lain merekodkan bacaan IPU pada tahap baik.

Bacaan IPU sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.

Dalam perkembangan berkaitan, Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di Langkawi, Kedah dan Pulau Tioman, Pahang sehingga pukul 9 pagi.

Amaran cuaca sama turut melibatkan Sarawak, khususnya Kuching dan Samarahan termasuk Samarahan, Asajaya serta Sebuyau.-UTUSAN

The post Kualiti udara seluruh negara pada tahap baik dan sederhana appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved