
Kuantiti Air Tasik Ayer Keroh Kini Berkurangan Akibat Cuaca Panas Melampau
Tinjauan Bernama mendapati kuantiti air Tasik Ayer Keroh, di Melaka pada hari ini berkurangan dipercayai berpunca dari keadaan cuaca panas melampau susulan fenomena El-Nino.
Difahamkan, tasik tersebut berada di dalam daerah Melaka Tengah dan terletak berdekatan dengan kawasan perlancongan iaitu, Zoo Melaka. Oleh sebab itu, kawasan persekitaran sungai itu telah menjadi kawasan tumpuan orang ramai untuk beriadah bersama-sama.
Secara lazimnya, banyak keluarga akan beriada di kawasan ini, sama ada pada waktu petang mahupun waktu hujung minggu.
Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan kenyataan berkenaan keadaan cuaca terkini di Malaysia.
Berdasarkan kenyataannya, negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka kekal hingga pertengahan April berikutan kurangnya awan yang boleh membawa hujan serta fenomena ekuinoks yang dijangka berlaku Rabu ini.
Berita lanjut bakal menyusul
Cuaca panas melampau ekoran fenomena El-Nino mengakibatkan kuantiti air Tasik Ayer Keroh, Melaka berkurangan ketika tinjauan hari ini.
Tasik yang terletak di dalam daerah Melaka Tengah dan bersebelahan Zoo Melaka itu antara salah satu kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai… pic.twitter.com/HV0hRtxdYe
— BERNAMA (@bernamadotcom) March 19, 2024
Sumber: Bernama via X
The post Kuantiti Air Tasik Ayer Keroh Kini Berkurangan Akibat Cuaca Panas Melampau appeared first on Siakap Keli.

