Kuasa Allah! Letupan Gas Hanguskan Rumah, Bilik Solat Langsung Tak Terjejas

14 Apr 2025 • 3:50 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available

Letupan gas di Putra Heights baru-baru ini menyebabkan kerosakan teruk kepada beberapa buah rumah, namun satu kejadian yang berlaku di salah sebuah kediaman menarik perhatian ramai apabila bilik solat di rumah tersebut langsung tidak terjejas, meskipun bahagian lain hangus dijilat api.

@najwanhalimi

KEADAAN RUMAH MANGSA KEBAKARAN DI PUTRA HEIGHTS— BILIK SOLAT TAK TERBAKAR! Salah satu rumah yang terjejas teruk… tapi bilik solat masih dalam keadaan baik. Di sebalik musibah, ada tanda kekuasaan-Nya. Semoga mangsa diberi ketabahan dan dipermudahkan segala urusan pemulihan. Insya-Allah, kami akan bantu sebaik mungkin. @SelangorTV #kitaselangor #kitaselangormajubersama #putraheights #putraheight #putraheightscommunity #kebakaranrumah

♬ original sound – Najwan Halimi – Najwan Halimi

Lawat kediaman jadi mangsa letupan gas di Putra Heights

Menerusi perkongsian video di TikTok oleh Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor merangkap Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik, Najwan Halimi, beliau sempat melawat rumah di kawasan tersebut dan berkongsi keadaan yang cukup menginsafkan.

“Salah satu rumah yang terjejas teruk tetapi bilik solat masih dalam keadaan baik.

Disebalik musibah, ada tanda kekuasaan-NYA. Semoga mangsa diberi ketabahan dan dipermudahkan segala urusan pemulihan.

Insya-ALLAH, kami akan bantu sebaik mungkin,” tulisnya.

Letupan gas tak musnahkan bilik solat kediaman

Apa yang lebih menyentuh hati, permaidani, sejadah, telekung dan katil di bilik itu kekal tersusun rapi seolah-olah tidak langsung terkesan dengan insiden berkenaan.

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @ayohcixxx telah meninggalkan komen menyatakan bahawa tuan rumah sekeluarga memang seorang yang sangat menjaga solat dan kerap bersedekah.

Mungkin amalan-amalan yang dilaksanakan sepanjang hidup menjadi salah satu sebab bilik solat di kediamannya dilindungi oleh Maha Pencipta.

“Rumah biras saya ni. Dia memang bagus menjaga solat dan rajin betul bersedekah.
“Bilik solat ini jarang dia tutup pintu, tapi itulah haba panas tidak masuk pun sedangkan perabot di ruang tamu semua habis cair,”tulisnya.

image is not available

Allah Maha Besar

Perkongsian tersebut telah membuat netizen sebak dan kagum dengan kekuasaan ALLAH, yang nyata menunjukkan bahawa setiap kejadian pasti ada hikmah dan pengajaran buat semua.

Mereka juga berharap umat Islam agar sama-sama tidak meninggalkan solat dan melakukan amalan baik kerana ia menjadi bekalan untuk kita baik di dunia serta di akhirat.

image is not available

Janganlah pernah meninggalkan solat

image is not available

Terbaik amalan tuan rumah

image is not available

Sekadar info, letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya, berlaku pada 1 April 2025 sekitar jam 8:08 pagi iaitu pada hari raya kedua.

Insiden ini menyebabkan kerosakan besar, dengan 237 rumah dan 399 kenderaan terjejas. Seramai 145 individu mengalami kecederaan, dan 538 orang telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

Sumber: TikTok Najwan Halimi