“Kuasa Allah!” – Terlepas Flight Pergi Haji, Lelaki Libya Tak Sangka Pesawat Patah Balik 2 Kali Sebab Masalah Teknikal

Entertainment
29 May 2025 • 2:44 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau sudah ditakdirkan Allah bahawa itu rezekinya… maka tiada apa yang dapat menghalang.

Tular di media sosial semalam, kisah seorang lelaki bernama Amer Al-Mansour Gaddafi yang berasal dari Libya, dikatakan telah terlepas penerbangannya ke Arab Saudi untuk mengerjakan haji, lapor TRT Global.

Perkara itu berlaku disebabkan dia ditahan pada saat-saat akhir oleh staf imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Sebha, Libya dek kerana nama keluarganya, Gaddafi, yang mana telah disenaraihitamkan kerana dikaitkan dengan bekas pemimpin negara tersebut, Muammar Gaddafi.

Meskipun dia berkali-kali merayu untuk menaiki pesawat tersebut, permintaannya ditolak dan pesawat berlepas tanpa Amer.

Susulan apa yang berlaku, keluarga Amer memujuknya untuk pulang dan menerima takdir, namun lelaki ini tidak berputus asa dan terus berada di lapangan terbang itu.

Saya takkan ke mana-mana, melainkan untuk mengerjakan haji,” kata Amer, lapor Gulf News.

Kejadian tak disangka-sangka terjadi

Namun siapa sangka, pesawat tersebut katanya berpatah balik sebanyak dua kali kerana mengalami masalah teknikal.

Disebabkan hal ini, kapten pesawat itu kemudian membuat pengumuman:

Saya bersumpah saya takkan terbang lagi melainkan Amer bersama kita di atas kapal terbang ini,” katanya.

Sebaik mendengar pengumuman itu, Amer menerima tepukan daripada penumpang dan akhirnya dibenarkan masuk ke dalam pesawat. Momen berkenaan telah dirakam dan tular di media sosial.

Saya hanya ingin mengerjakan haji.

“Dan saya percaya jika ia sudah tertulis untuk saya, tiada apa yang boleh menghalangnya,” kata Amer.

Selamat mengerjakan haji buat jemaah-jemaah yang sudah berlepas ke Jeddah, Arab Saudi.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.