Kuasai teknologi baharu – Anwar

LocalTechnology
31 Oct 2026 • 5:22 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kuasai teknologi baharu – Anwar

KOTA BHARU: Malaysia perlu menguasai teknologi dan ilmu baharu termasuk asas kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan negara tidak ketinggalan dalam arus persaingan global.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar berkata, penguasaan ilmu dan teknologi itu perlu bergerak seiring pembentukan jati diri, akidah dan nilai murni.

 

“Kita tidak boleh lepas daripada jati diri kita. Sebab itu moto pendidikan dan pembangunan negara adalah menggapai di langit, mengakar di bumi.

 

“Menggapai di langit dengan teknologi dan pelaburan baharu, mengakar di bumi dengan budaya Melayu, akidah Islam, akhlak dan nilai,” katanya semasa berucap merasmikan Skim Usahawan  Bangkit Negeri Kelantan di sini, hari ini.

 

Hadir sama Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud.

 

Ahli Parlimen Tambun itu turut mengingatkan golongan berilmu supaya tidak menyalahgunakan kepintaran untuk kepentingan diri sehingga mengakibatkan kerugian dan kerosakan kepada negara.

 

Mengambil contoh skandal besar yang berlaku di negara ini, Anwar berkata, kepintaran serta kelayakan akademik semata-mata tidak menjamin seseorang mempunyai integriti dan akhlak. – UTUSAN

The post Kuasai teknologi baharu – Anwar appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved