Kuasakan Syarikat Anda Dengan Komputer Workstation Kompak AMD Terkini

LocalTechnology
29 Sep 2026 • 6:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kuasakan Syarikat Anda Dengan Komputer Workstation Kompak AMD Terkini

Penggunaan AI dan aplikasi yang lebih mencabar dalam kalangan perniagaan kini meningkatkan keperluan terhadap komputer dengan prestasi lebih tinggi. Namun, dengan mobiliti dan gaya kerja masakini yang membolehkan pekerja bekerja di mana sahaja, komputer riba berprestasi tinggi diperlukan oleh golongan sebegini. Malah dengan kemajuan teknologi kini perkara seperti reka bentuk 3D, penciptaan kandungan, dan tugasan intensif tidak semestinya memerlukan komputer workstation yang besar.

Image from: Kuasakan Syarikat Anda Dengan Komputer Workstation Kompak AMD Terkini

Bagi memenuhi keperluan tersebut, SNS Network menawarkan komputer riba berasaskan pemproses AMD Ryzen kepada perniagaan di Malaysia, merangkumi komputer riba untuk produktiviti harian sehinggalah komputer workstation untuk tugasan profesional dan AI.

Antara peranti yang ditawarkan ialah HP ProBook 4 G1a 14 inci, HP Z2 Mini G1a, HP ZBook Ultra G1a 14 inci serta Acer Veriton RA110 AI Mini Workstation.

Acer Veriton RA110 hadir sebagai komputer workstation kompak 

Salah satu produk baharu yang bakal memasuki pasaran Malaysia ialah Acer Veriton RA110 AI Mini Workstation. Ia merupakan komputer desktop berprestasi tinggi kompak yang direka untuk pengguna dengan beban kerja lebih berat seperti pembangunan AI, reka bentuk 3D, penciptaan kandungan dan aplikasi profesional.

Acer Veriton RA110 dikuasakan oleh AMD Ryzen AI Max+ 395 bersama grafik AMD Radeon 8060S. Menggunakan platform AMD Ryzen AI Max, sistem ini turut menawarkan seni bina AMD XDNA 2 memori bersatu yang membolehkan CPU, grafik dan NPU berkongsi satu ruang memori. Menurut AMD, pendekatan ini membolehkan model AI berskala besar dijalankan pada sistem kompak tanpa memerlukan beberapa kad grafik diskrit. Ini sekaligus memudahkan multitugasan yang mencabar disempurnakan tanpa sebarang masalah.

Image from: Kuasakan Syarikat Anda Dengan Komputer Workstation Kompak AMD Terkini

Reka bentuk kompak Acer Veriton RA110 juga membolehkan pengguna mendapatkan prestasi workstation tanpa menggunakan ruang meja sebesar desktop workstation tradisional. Ketersediaan peranti ini dijangka tiba di Malaysia pada penghujung Oktober.

Buat Tempahan Awal: 

Pilihan komputer workstation daripada HP

Selain Acer Veriton RA110, SNS Network turut menawarkan HP Z2 Mini G1a pada harga promosi RM11,678 dan HP ZBook Ultra G1a 14 inci pada harga promosi RM14,296. Kedua-duanya menggunakan pemproses AMD Ryzen AI Max PRO 300 Series dan dilengkapi teknologi AMD PRO yang menyediakan ciri keselamatan, pengurusan serta sekuriti untuk persekitaran perniagaan.

Image from: Kuasakan Syarikat Anda Dengan Komputer Workstation Kompak AMD Terkini
Image from: Kuasakan Syarikat Anda Dengan Komputer Workstation Kompak AMD Terkini

Untuk kegunaan produktiviti harian pula, HP ProBook 4 G1a 14-inci menggunakan pemproses AMD Ryzen 7 250 dengan grafik AMD Radeon. Ia turut menyokong keperluan kolaborasi dalam persekitaran kerja hibrid.

‘Be The Smarter Business’ Menerusi SNS OnePlan Yang Memudahkan Pemilikan Komputer Workstation

Image from: Kuasakan Syarikat Anda Dengan Komputer Workstation Kompak AMD Terkini

Sebagai perniagaan, kos perbelanjaan merupakan satu perkara penting yang perlu diuruskan dan menerusi inisiatif Be The Smarter Business, melalui pelan SNS OnePlan, HP ProBook 4 G1a boleh diperoleh daripada RM120 sebulan. Pelan ini membolehkan perniagaan mendapatkan peranti secara bayaran bulanan tanpa memerlukan pelaburan awal yang tinggi. Malah syarikat juga boleh melengkapkan pekerja dengan peranti terkini sesuai dengan keperluan dan perkembangan semasa.


Jelas sekali dalam menempuh arus perniagaan yang moden, komputer workstation merupakan satu keperluan dan SNS Network sentiasa menyediakan komputer workstation terkini, dilengkapkan dengan program pembiayaan yang bersesuaian dengan perkembangan syarikat.

Image from: Kuasakan Syarikat Anda Dengan Komputer Workstation Kompak AMD Terkini

SNS Network kini membuka pra-tempahan untuk Acer Veriton RA110 AI Mini Workstation. Pengguna yang berminat boleh membuat tempahan awal untuk mendapatkan peranti tersebut pada harga pelancaran khas. Anda juga boleh menghubungi SNS Network menerusi saluran WhatsApp dan laman web untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran dan ketersediaan peranti.

Buat Tempahan Awal:


GLOO: https://www.gloo.com.my/Acer-Veriton-RA110-Mini-Workstation-DT-R9QSM-001-AI-Workstation

iTworld: https://www.itworld.com.my/Acer-Veriton-RA110-Mini-Workstation-DT-R9QSM-001-AI-Workstation 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved