Bursa Malaysia Susut Tengah Hari, Kaunter Bank Jadi Bebanan

LocalBusiness & Finance
29 Sep 2026 • 3:30 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

Bursa Malaysia Susut Tengah Hari, Kaunter Bank Jadi Bebanan

Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari apabila tekanan jualan dalam beberapa saham berwajaran tinggi, khususnya sektor perbankan, terus menekan prestasi pasaran seiring dengan prestasi Wall Street yang lebih lemah.

Pada 12:30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 13.67 mata kepada 1,656.35 berbanding 1,670.02 pada penutupan Isnin.

Indeks penanda aras itu dibuka 5.91 mata lebih rendah pada 1,664.11 dan bergerak dalam julat 1,653.63 hingga 1,665.32 sepanjang sesi pagi.

Saham Bank Terus Ditekan

Antara saham perbankan yang mengalami tekanan ialah CIMB, yang susut 18 sen kepada RM7.81, manakala Maybank turun 8 sen kepada RM10.08.

Public Bank pula berkurang 4 sen kepada RM4.75, RHB Bank susut 16 sen kepada RM7.68 dan AMMB turun 5 sen kepada RM6.55.

Sentimen pasaran kekal negatif dengan 646 kaunter rugi berbanding 312 kaunter untung. Sebanyak 459 kaunter tidak berubah, manakala 1,474 tidak didagangkan dan 143 kaunter digantung.

Jumlah dagangan mencapai 1.83 bilion saham bernilai RM1.18 bilion.

FBM KLCI Uji Sokongan 1,660

Dari sudut teknikal, Apex Securities berkata indeks utama masih berada dalam julat sempit di atas paras sokongan 1,660, dengan tanda awal kestabilan mula muncul ketika FBM KLCI menghampiri sempadan bawah saluran aliran menurun sekitar 1,640.

Menurut firma itu, pergerakan berterusan melepasi 1,680 hingga 1,685 boleh menjadi petunjuk awal kepada peningkatan momentum jangka pendek, dengan rintangan seterusnya pada 1,700 hingga 1,705.

Sebaliknya, kegagalan bertahan di atas 1,660 boleh membuka ruang kepada indeks menguji sempadan bawah saluran aliran menurun.

Tenaga Dan IHH Bertahan

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi lain, Tenaga Nasional dan IHH Healthcare masing-masing meningkat 4 sen kepada RM12.94 dan RM7.99.

Bagi kaunter aktif, Zetrix AI susut 2.5 sen kepada 16.5 sen, manakala Jaks Resources naik setengah sen kepada 19 sen.

Ni Hsin berkurang setengah sen kepada 38.5 sen, manakala MAG tidak berubah pada 15.5 sen. JCY International pula meningkat 2.5 sen kepada 58 sen.

Solarvest Antara Kaunter Untung

Antara kaunter untung utama, Solarvest meningkat 28 sen kepada RM4.40, Ranhill Utilities naik 15 sen kepada RM3.34 dan Southern Cable melonjak 14 sen kepada RM2.90.

KLCC Property REITS bertambah 13 sen kepada RM8.48, manakala Petronas Dagangan meningkat 12 sen kepada RM19.44.

Sebaliknya, Malaysian Pacific Industries menjadi kaunter paling rugi apabila susut RM1.50 kepada RM40.70.

Fraser & Neave turun 74 sen kepada RM21.48, United Plantations berkurang 28 sen kepada RM31.32, Allianz Malaysia susut 18 sen kepada RM20.92 dan Unisem jatuh 16 sen kepada RM4.33.

Kebanyakan Indeks Dalam Zon Merah

Di papan indeks, FBM Mid 70 susut 72.29 mata kepada 17,615.47, manakala FBM Emas turun 84.42 mata kepada 12,330.37.

FBM Top 100 berkurang 87.14 mata kepada 5,499.13, manakala FBM Emas Shariah susut 55.22 mata kepada 12,187.10.

Sebaliknya, FBM ACE meningkat 8.52 mata kepada 5,499.13.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.79 mata kepada 182.01, manakala Indeks Tenaga meningkat 3.86 mata kepada 865.68.

Indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 203.82 mata kepada 19,394.56, manakala Indeks Perladangan meningkat 29.22 mata kepada 9,247.71. – Bernama


HUSTLE24HOUR kini dibuka!

Mulakan perjalanan anda untuk memahami fundamental, sentimen pasaran dan teknik Moshed Magic Line bersama Tuan Moshed serta komuniti HUSTLE24HOUR.

👉 Daftar sekarang di HUSTLE24HOUR.COM  

HUSTLE24HOUR ialah program pendidikan dan bukan khidmat nasihat kewangan atau jaminan keuntungan. Perdagangan instrumen kewangan melibatkan risiko yang tinggi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved