
Berbeza budaya, bangsa dan agama bukanlah satu halangan buat kita untuk memberikan penghormatan terakhir buat seseorang itu apabila dia pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya.
Itulah yang berlaku apabila sebuah sekolah kehilangan seorang guru yang dianggap sangat baik dan dekat di hati warga sekolah dan para muridnya.
Warga sekolah dan murid tabik hormat, beri penghormatan terakhir
Menerusi satu video yang tular di TikTok, suasana sedih dan hiba berlaku di perkarangan sekolah ketika sebuah kenderaan yang membawa mendiang gurunya melalui kawasan di hadapan sekolah tersebut.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat kesemua murid dan guru berbaris memberikan tabik hormat sehingga kenderaan tersebut hilang dari pandangan.
Kuat aura cikgu ni
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut berkongsi rasa sedih melihat video berkenaan.



Kredit: TikTok fiza_luv
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
The post “Kuat Aura Cikgu Ni” – Beri Penghormatan Terakhir Buat Mendiang Guru, Warga Sekolah Dan Murid Dipuji Netizen appeared first on Oh! Media.




